Program Master:
Hasil pembelajaran program di akhir program ini, graduan dapat:
- Menunjukkan kepakaran dalam bidang yang berkaitan.
- Mengaplikasi kemahiran praktikal dalam bidang yang berkaitan.
- Mengaitkan idea terhadap isu masyarakat di dalam bidang yang berkaitan.
- Menjalankan penyelidikan dengan penyeliaan minimum dan patuh kepada perundangan, etika dan kod amalan profesional.
- Menunjukkan kualiti kepimpinan melalui komunikasi dan kerjasama berkesan di kalangan rakan dan pihak berkepentingan.
- Menghasilkan penyelesaian kepada permasalahan menggunakan kemahiran saintifik dan pemikiran kritikal.
- Menguruskan maklumat untuk pembelajaran sepanjang hayat.
Program PhD:
Hasil pembelajaran program di akhir program ini, graduan dapat:
- Mensintesiskan pengetahuan dan menyumbang kepada penyelidikan asal untuk meluaskan ilmu dalam bidang yang berkaitan.
- Menyesuaikan kemahiran praktikal yang membawa kepada idea-idea inovatif dalam bidang yang berkaitan.
- Memberikan nasihat pakar kepada masyarakat dalam bidang yang berkaitan.
- Menunjukkan kualiti kepimpinan melalui komunikasi dan kerjasama berkesan di kalangan rakan dan pihak berkepentingan.
- Menghasilkan penyelesaian kepada permasalahan menggunakan kemahiran saintifik dan pemikiran kritikal.
- Menjalankan penyelidikan secara bebas dengan mematuhi kod undang-undang, beretika dan profesional amalan.
- Menilai masalah dalam bidang yang relevan secara kritis dengan menggunakan kemahiran saintifik, dan;
- Mengintegrasikan maklumat untuk pembelajaran sepanjang hayat.
Kemaskini:: 09/10/2020 [nurulsofia]
PERKONGSIAN MEDIA