Doktor Perubatan | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» AKADEMIK » Pra siswazah » Doktor Perubatan

Doktor Perubatan

Pengenalan


Program Doktor Perubatan telah dimulakan pada tahun 1996 dengan pengambilan seramai 51 orang pelajar. Pada peringkat awal, program ini telah menggunakan kurikulum yang berasal daripada University of Nottingham, United Kingdom. Kurikulum ini seterusnya telah diubahsuai bagi memenuhi keperluan doktor terlatih di negara ini.

Program Doktor Perubatan dibahagikan kepada 2 fasa iaitu fasa 1 meliputi Tahun 1 dan 2 (Praklinikal), Fasa 2 meliputi Tahun 3, 4 dan 5 (Klinikal). Jangkamasa pengajian adalah selama 5 tahun. Fasa 1 melibatkan 4 semester manakala bagi Fasa 2, tidak memakai konsep semester, sebaliknya pengajian berlaku sepanjang tahun mengikut jangkamasa sesuatu pengajian klinikal tersebut.  

Bagi Fasa 1, pendekatan kaedah pengajian lebih menjurus kepada sesi kuliah, sesi pembelajaran berpusatkan pelajar (SCL – student centred learning), sesi makmal, seminar, projek penyelidikan, lawatan lapangan dan pendedahan awal klinikal melalui sesi lawatan ke wad-wad tertentu. Fasa 2 pula melibatkan pengukuhan aspek klinikal turut menggunakan kaedah pengajian seperti pembelajaran semasa rondaan wad, sesi pembelajaran sisi katil, latihan klinikal dan cerapan prosedur klinikal. 

  

Matlamat Program


Matlamat program [Program Educational Objectives (PEO)] Doktor Perubatan adalah untuk melahirkan doktor terlatih yang mempunyai ciri-ciri berikut:           

  • berpengetahuan dan kemahiran yang mantap untuk membolehkannya berkhidmat kepada individu yang memerlukan dan juga kepada bangsa dan negara
  • bersikap profesional terhadap pesakit dan masyarakat umum.
  • berkepemimpinan dan berfungsi sebagai ahli kerja pasukan yang efektif.
  • membudayakan aktiviti pendidikan perubatan sepanjang hayat.

Struktur Kurikulum


Kurikulum program Doktor Perubatan dengan jumlah 203 jam kredit termasuk 2 jam kredit kokurikulum. Kursus yang ditawarkan dalam program ini dibahagikan kepada dua (2) komponen utama iaitu Kursus Universiti dan Kursus Teras. Program Doktor Perubatan tidak mempunyai kursus elektif.

Kursus Universiti

  • Sebanyak 20 kredit merupakan kursus universiti yang merangkumi 12 kredit (5 kursus MPU), 6 kredit (4 kursus universiti) dan 2 kredit (2 kursus kokurikulum). Komponen Kursus Universiti ini terdiri daripada kursus kemanusiaan bagi memupuk nilai murni, etika dan moral. Ia juga bertujuan membentuk kemahiran komunikasi dan memberi pendedahan kepada kemahiran keusahawanan kepada pelajar.


Kursus Teras

  • Kursus yang ditetapkan dalam program sebanyak empat puluh sembilan (49) kursus berjumlah 183 kredit merangkumi asas sains perubatan, perubatan klinikal, integrasi profesional dan penyelidikan bagi memenuhi keperluan ilmu dan kemahiran dalam bidang perubatan

Kerjaya


Doktor adalah diwajibkan untuk menjalani housemanship selama dua tahun selepas menamatkan pengajian ijazah perubatan. Doktor akan mendapat kelayakan pendaftaran penuh dengan MPM dengan menjalani latihan pra-pendaftaran jawatan Pegawai Perubatan yang diberi oleh Kerajaan Malaysia di Hospital Kerajaan dalam tempoh 3 tahun sebelum dibenarkan bekerja dengan agensi swasta. Selepas selesai dengan jayanya latihan pra-pendaftaran, doktor akan diselia di mana-mana hospital seperti hospital kerajaan, hospital daerah, klinik kerajaan atau klinik swasta.

 

Syarat Kemasukan (Calon Tempatan):

 

 

 

Syarat Kemasukan (Calon Antarabangsa): 

 

 

Kadar Yuran Pengajian 

 Saluran 

Purata Kos Seorang pelajar Setahun

(a)
RM

Yuran Pengajian Setahun
(Kolej 1-11, 13, 17 dan 18 

(b)
RM

 Subsidi Kerajaan kepada Pelajar Setahun

(a-b)
RM

 Yuran Pengajian Setahun
(Kolej 12, 15 dan 16)

(c)
RM

Subsidi Kerajaan kepada Pelajar Setahun

(a-c)
RM

Perdana (UPU) 61,620 4,789  56,831 4,845 56,775
T20 RM301,250 (RM30,125/semester)
Antarabangsa RM501,000 (RM100,200/tahun)

 

 

Laluan Kerjaya

  

 

 

 

Kemaskini:: 14/07/2023 [nurulsofia]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXDdBAG~