Global I-Lead STEM Camp 1Malaysia 2018 (GISC 2018) | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» BERITA » Global I-Lead STEM Camp 1Malaysia 2018 (GISC 2018)

Global I-Lead STEM Camp 1Malaysia 2018 (GISC 2018)

17-21 Disember 2018 - Program Global I-Lead STEM Camp 1Malaysia 2018 (GISC 2018) ini adalah satu kolaborasi antara UPMSTEM dan beberapa organisasi lain sebagai pengukuhan program Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) kepada pelajar sekolah. Penganjuran kali kedua ini telah disertai oleh seramai 30 orang pensyarah dari FPSK UPM sebagai fasilitator yang telah memantau projek kepada 55 orang pelajar sekolah menengah dari seluruh Malaysia ini.

Program ini bertujuan mencambahkan minat pelajar sekolah menengah dalam bidang STEM melalui inovasi yang terhasil dari cetusan idea para murid dan guru pembimbing mereka yang berkaitan dengan bidang yang mereka minati. Disamping itu memberi peluang kepada pelajar sekolah menengah untuk meneroka bidang yang diminati bersandarkan kepada bidang yang ditawarkan di FPSK.

Seterusnya 30 projek yang terhasil ini telah memenangi medal di dalam International STEM Olympiad (ISTEMO 2018) seperti dalam senarai mengikut kluster projek. Secara keseluruhannya program ini memberi impak yang positif kepada pelajar yang mula mengenali dunia STEM melalui kerjasama bersama pensyarah dari FPSK.

Tarikh Input: 13/02/2019 | Kemaskini: 13/02/2019 | h_khairi

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXETXA7~