Lam Jia Yong, Pelajar PhD Daripada Jabatan Mikrobiologi Dan Parasitologi Perubatan Memenangi Pertandingan Akhir Materials Lecture Competition 2019 | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» BERITA » Lam Jia Yong, pelajar PhD daripada Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan memenangi pertandingan akhir "Materials Lecture Competition 2019"

Lam Jia Yong, pelajar PhD daripada Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan memenangi pertandingan akhir "Materials Lecture Competition 2019"

Lim Jian Yong, pelajar PhD yang berusia 27 tahun daripada Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan telah dinobatkan sebagai pemenang bagi finale “Materials Lecture Competition 2019” yang telah diadakan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 30 April 2019 yang lalu mengalahkan empat finalist daripada universiti yang lain.

 “Material Lecture Competition (MLC)” adalah acara tahunan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Institute Material Malaysia (IMM) dan Institute of Materials, Minerals and Mining (IOM3) UK.  Pertandingan ini adalah bertujuan sebagai initiatif bagi meningkatkan kesedaran dikalangan penyelidik dan jurutera bahan di Malaysia berkenaan dengan kepentingan Kejuruteraan bahan dan kelestarian dalam perkembangan teknologi dan kemanusiaan.

Perbentangan pemenang peringkat akhir MLC 2019 ini bertajuk “DNA biosensor based on optical fiber for detection of pathogen: A novel approach” yang merumus kajian beliau terhadap perkembangan biosensor dalam menambahbaik kaedah diagnostik terkini bagi leptospirosis, iaitu suatu penyakit berkepentingan global.  Jawatankuasa penasihat tesis beliau terdiri daripada Prof Madya Dr Chee Hui Yee sebagai penasihat utama, dan Dr. Mohd Hanif Yaacob dan Prof Madya Dr. Ho Kok Lian sebagai penasihat bersama. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penasihat-penasihat beliau yang memberikan sokongan moral dan tunjuk ajar yang berterusan dalam kajiannya.

Sebelum menjadi juara, Jia Yong memulakan perjalanan MLC di peringkat UPM, yang telah diadakan pada 14 Mac 2019 di Institute of Tropical Forestry and Forest Products (INTROP), dimana beliau telah mengalahkan lebih daripada 15 peserta daripada pelbagai fakulti.  Setelah menjuarai pertandingan peringkat UPM, beliau telah dipilih untuk ke pusingan semi-final peringkat kebangsaan yang diadakan pada 14 April 2019 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), dimana beliau telah dipilih sebagai salah seorang daripada lima finalist daripada 20 peserta daripada pelbagai institusi di Malaysia untuk bertanding di peringkat akhir.

Di pentas kebangsaan, beliau telah dilatih oleh pasukan yang terdiri daripada Dr. Norkhairunnisa Mazlan, Dr. Ahmad Salahuddin Mohd Harithuddin, Dr. Mohd Salahuddin Mohd Basri, Dr. Ainun Zuriyati Mohamed dan Dr. Yasmin Mustapha Kamil. Beliau sangat bersyukur dengan pelatih-pelatih beliau atas masa, input dan maklumbalas yang diberikan bagi memperbaiki perbentangan beliau dan memotivasi beliau untuk memberikan yang terbaik semasa pertandingan.

Beliau telah dianugerahkan RM3000 tunai berserta dengan plak dan sijil. Sebagai pemenang, beliau akan ditaja oleh IOM3 UK untuk mewakili Malaysia dan bertanding di Young Persons’ World Lecture Competition 2019 (YPWLC 2019), yang akan diadakan di London, United Kingdom pada October 2019.

 

Jia Yong menerima hadiah daripada  Prof. Dr. Esah Hamzah, Pengerusi Materials Lecture Competition Committee, IMM.

 

Jia Yong bersama dengan pelatih dan penasihat  beliau.(Dari[ada kiri) Dr. Norkhairunnisa Mazlan, Dr. Mohd Salahuddin Mohd Basri, Dr. Ahmad Salahuddin Mohd Harithuddin, Lam Jia Yong, Dr. Yasmin Mustapha Kamil, Associate Professor Dr. Chee Hui Yee (Penasihat) dan Dr. Ainun Zuriyati Mohamed.

Tarikh Input: 10/05/2019 | Kemaskini: 10/05/2019 | norashiqin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXEUFAF~