Majlis Menandatangani Penyambungan Memorandum Persefahaman (Mou) Antara Universiti Putra Malaysia (UPM) Dan Universitas Malahayati (UNMAL), Bandar Lampung, | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» BERITA » Majlis Menandatangani Penyambungan Memorandum Persefahaman (Mou) antara Universiti Putra Malaysia (UPM) Dan Universitas Malahayati (UNMAL), Bandar Lampung,

Majlis Menandatangani Penyambungan Memorandum Persefahaman (Mou) antara Universiti Putra Malaysia (UPM) Dan Universitas Malahayati (UNMAL), Bandar Lampung,

Pada 16 Disember 2019 yang baru lalu, telah diadakan Majlis Menandatangani Penyambungan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universitas Malahayati (UNMAL), Bandar Lampung, Indonesia di Bangunan Rektorat, UNMAL. UPM telah diwakili oleh Dekan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, YBhg. Profesor Dr. Zamberi Sekawi diiringi oleh Dr. Shaharuddin Mohd Sham, Pensyarah Kanan, Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, manakala Rektor, YTH Dr. Achmad Farich mewakili UNMAL. Majlis telah disaksikan oleh Dekan, Fakultas Kedoktoran, YTH Dr. Toni Prasetia, dr., Sp.PD., FINASIM dan Dekan, Fakultas Kesehatan Masyarakat, YTH dr. Muharso, SKM. Selain itu, seramai 15 orang wakil UNMAL telah turut hadir dalam majlis tersebut.

Penyambungan MoU itu menandakan ikatan dan persahabatan yang akrab di antara kedua-dua institusi pengajian tinggi. Setelah selesai majlis, kedua-dua pihak telah berbincang untuk meningkatkan lagi kerjasama yang sediada, seperti penyelidikan dan penghasilan artikel untuk manfaat bersama. Selain itu, perancangan sedang dibuat untuk penganjuran bersama konferensi antarabangsa yang akan diterajui oleh UNMAL. Rombongan kemudian dibawa melawat kompleks perpustakaan yang terletak di tingkat atas, bangunan asrama. Perpustakaan UNMAL merupakan satu-satunya perpustakaan pusat pengajian tinggi yang menempatkan contoh rumah adat setiap provinsi di Indonesia. Setelah itu, rombongan UPM telah dibawa melawat Rumah Sakit Pertamina Bintang AMIN (RSPBA) yang terletak bersebelahan dengan bangunan UNMAL. Untuk pengetahuan, RSPBA telah menerima beberapa kumpulan pelajar UPM yang menjalani latihamal atau praktikal sebelum ini. Rombongan telah disambut oleh Pengarah, PT. Pertamedika, YTH dr. Rachmawat, MPH, Timbalan Pengarah (SDM &UMUM) YTH Bapak Eko Budi, SE., MPH., Timbalan Pengarah PT.  Bintang Amin (Medik), dr. Upang Wijayanto, SpTHT dan Timbalan Pengarah (Kewangan), YTH Ibu Riyanti., SP., MKes.

Pemula kata telah diberikan oleh YTH Dr. R Agung Efriyo Hadi, Ketua, tim kerja manajemen, RSPBA, manakala penerangan mengenai sejarah dan operasi RSPBA telah diberikan oleh YTH dr. Rachmawat. Setelah itu, rombongan telah dibawa melawat beberapa bahagian di dalam hospital, termasuk Ruang Hemodialisis dan Ruang IGD. Adalah diharapkan hubungan erat antara UPM dan UNMAL dapat ditingkat lagi di masa hadapan dengan penganjuran pelbagai program yang bakal memanfaatkan kedua-dua institusi pengajian tinggi tersebut.

 

  

 

 

  

Tarikh Input: 20/12/2019 | Kemaskini: 23/12/2019 | h_khairi

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXDdCAa~