Pada 5-8 Disember baru-baru ini, Universiti Putra Malaysia diwakili oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan telah mengadakan lawatan ke Ilam University of Medical Sciences (IUMS), Iran. Delegasi terdiri daripada:
Naib Canselor UPM - Ketua delegasi
Timbalan Dekan (Akademik Perubatan) FPSK – Mewakili Dekan
Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Antarabangsa) FPSK
Timbalan Dekan (Siswazah dan JINM) FPSK
Timbalan Dekan (Akademik Sains Kesihatan) & HEPA FPSK
Timbalan Pendaftar FPSK
MoU telah ditandatangani antara UPM dan IUMS berkenaan 4 perkara:
a- Pertukaran/mobiliti pelajar pascasiswazah
b- Pertukaran pegawai akademik/pensyarah/penyelidik
c- Kolaborasi penyelidikan
d- Dual Doctor of Philosophy Degree Program (PhD)
Semoga dengan kerjasama ini dapat meningkatkan lagi prestasi UPM di peringkat antarabangsa selaras dengan visi universiti.
Tarikh Input: 26/12/2017 | Kemaskini: 26/12/2017 | m_akmalsa
Pejabat Am Dekan
Aras 3, Bangunan Pentadbiran,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.