PROGRAM JARINGAN INDUSTRI “MESTI FIT 4 HEALTH” | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» BERITA » PROGRAM JARINGAN INDUSTRI “MESTI FIT 4 HEALTH”

PROGRAM JARINGAN INDUSTRI “MESTI FIT 4 HEALTH”

Program Jaringan Industri “MESTIFit4Health” oleh Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan (JMPP) merupakan program kerjasama antara Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia dan KLCC Parking Management Sdn Bhd. 

Objektif program ini adalah bagi merealisasikan hasrat KLCC Parking Sdn Bhd untuk memupuk gaya hidup sihat dikalangan semua staf mereka. “MESTIfit4health” merupakan program jangka panjang yang menfokuskan kepada elemen berikut: move right, eat right, sleep right, think right dan individual right. 

Program ini akan dijalankan selama 6 bulan iaitu bermula Jun 2019 sehingga Disember 2019. Peserta adalah seramai 80 orang iaitu dari kalangan pegawai dan staf KLCC Parking Management Sdn Bhd. 

Staf dan pelajar FPSK/HPUPM akan membantu mereka dari segi mengumpulkan data dan memantau aktiviti kecergasan yang mereka jalankan pada setiap 3 hingga 6 bulan. Data yang dikumpulkan akan diserahkan kepada pihak pengurusan KLCC Parking Sdn Bhd. Anugerah staf paling cergas dan sihat akan diberikan pada akhir tahun 2019.

 

Tarikh Input: 19/04/2019 | Kemaskini: 19/04/2019 | h_zainal

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXEUPAb~