KETUA JABATAN |
|
Jabatan Sains Bioperubatan telah ditubuhkan pada tahun 1993/1994 di bawah Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan. Jabatan ini kemudiannya bergabung dengan Jabatan Sains Perubatan dan Jabatan Pemakanan dan Kesihatan Komuniti untuk membentuk Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan pada 1 hb Ogos 1996. Pejabat Am Jabatan Sains Bioperubatan serta bilik-bilik pensyarah terletak di aras bawah Blok C dan D manakala makmal-makmal penyelidikan dan pengajaran terletak di Blok A, B dan D.
Jabatan ini terdiri dari 6 unit iaitu :
Unit-unit ini diketuai oleh Ketua Unit yang menyelia pengajaran dan penyelidikan dari unit masing-masing. Pensyarah-pensyarah di setiap unit adalah berkelayakan PhD dan terlatih dalam bidang masing-masing. Di awal penubuhan jabatan, Ketua Jabatan yang pertama ialah Prof. Madya Dr. Kassim Hamid sebelum diambil alih oleh Prof. Madya Dr. Patimah Ismail, Profesor S. Balabaskaran, Prof. Madya Dr. Mohd. Roslan Sulaiman, Prof. Dr. Abdul Manan Mat Jais, Prof. Madya Dr. Sabrina Sukardi, Prof. Madya Dr.Latifah Saiful Yazan, Prof. Dr. Muhammad Nazrul Hakim Abdullah, Prof. Madya Dr. Thilakavathy Karruppiah, Prof. Ts. Dr. Cheah Yoke Kqueen dan Prof. Dr. Daud Ahmad Israf Ali.
Jabatan kini diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Mohd Nasir Mohd Desa dan jabatan ini beroperasi sepenuhnya di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, kampus UPM bersebelahan Hospital Serdang.
Struktur Organisasi
Hubungi Kami
Jabatan Sains Bioperubatan
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Kemaskini:: 05/03/2024 [sazlina]
Pejabat Am Dekan
Aras 3, Bangunan Pentadbiran,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.