KETUA JABATAN |
Dr Zurina binti Zainudin |
Jabatan Pediatrik pada awalnya ditubuhkan sebagai Unit Pediatrik di bawah Jabatan Pertumbuhan dan Pembangunan Manusia (JPPM) pada tahun 1998. JPPM terdiri dari tiga unit yang berbeza iaitu Unit Pediatrik, Unit Obstetrik dan Ginekologi dan Unit Genetik Klinikal. Pada tahun 2006, JPPM telah dibubarkan dan kemudian ditubuhkan dua jabatan iaitu Jabatan Pediatrik dan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi. Pentadbiran Jabatan Pediatrik dipindahkan sepenuhnya ke kompleks baru Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (FPSK UPM) Serdang yang bersebelahan dengan Hospital Serdang pada Ogos 2006. Buat masa ini, Jabatan Pediatrik mempunyai satu unit iaitu Unit Imunologi Klinikal.
Bagi program doktor perubatan, pengajaran klinikal posting pediatrik dijalankan di tahun 4 dan 5. Pelajar-pelajar bukan sahaja didedahkan dengan pembelajaran teori, tetapi juga diberi penekanan tentang aspek klinikal yang penting untuk mendiagnosa dan memberi rawatan penyakit akut dan kronik yang sering dijumpai pada kanak-kanak.
Selain dari program pelajar pra siswazah, bermula pada tahun 2012 Jabatan Pediatrik juga menawarkan program pasca siswazah iaitu master perubatan pediatrik. Program master perubatan pediatrik ini menawarkan program latihan kerja sepenuh masa yang bersesuaian dengan standar nasional yang tinggi untuk menghasilkan graduan pakar-pakar pediatrik yang berkelayakan. Selain dari aktiviti pengajaran, kecemerlangan penyelidikan dan perundingan profesional juga dititikberatkan.
MISI
Misi Jabatan Pediatrik adalah untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan melalui pengajaran, penyelidikan, perkhidmatan profesional dan perundingan yang berkesan dalam bidang kepakaran pediatrik khususnya serta perubatan dan sains kesihatan amnya.
OBJEKTIF
1. Untuk menyediakan dan melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing.
2. Untuk menyediakan tenaga terlatih dalam bidang perubatan pediatrik.
3. Untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan dalam bidang berkaitan pediatrik.
4. Untuk menyumbangkan perkhidmatan perundingan, khidmat nasihat dan pengembangan kepada agensi-agensi kerajaan,bukan kerajaan dan swasta.
STUKTUR ORGANISASI
Ketua Jabatan : Dr. Zurina binti Zainudin
Ketua Jabatan terdahulu :
1. Prof. Dr. Davendralingam Sinniah (1998 - 2000)
2. Prof. Madya Dr. Norlijah Othman (2000 - 2009)
3. Prof. Madya Dr. Amir Hamzah Dato' Abdul Latiff (2009-2010)
4. Prof Dr. Norlijah Othman (2010 - 2011)
5. Dr. Mohd Feizel Alsiddiq Mohd Fakharuddin (2011 - 2013)
6. Prof Madya Dr Intan Hakimah binti Ismail (2013 - 2021)
Ketua Unit :
Penyelaras Program :
HUBUNGI KAMI
Jabatan Pediatrik
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
No. Telefon : +603-97692610
No. Faks : +603-97699369
Kemaskini:: 12/10/2022 [qayyumalemilhadie]
Pejabat Am Dekan
Aras 3, Bangunan Pentadbiran,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.