Pengenalan | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» JABATAN » Jabatan Psikiatri » Pengenalan

Pengenalan

KETUA JABATAN PSIKIATRI

 

 
NAMA       : Dr. Chong Seng Choi
JAWATAN : Pensyarah Perubatan
BIDANG    : Psikiatri
EMEL         : sengchoi@upm.edu.my
TELEFON   : 03-97692541

 

Jabatan Psikiatri telah ditubuhkan pada tahun 2006, selepas pemisahan daripada Jabatan Perubatan atas perbezaan ketara di antara dua bidang tersebut. Semasa pemisahan, unit yang sebelum ini dikenali sebagai Unit Psikiatri telah dinaiktarafkan kepada Jabatan Psikiatri, dan berfungsi sebagai satu jabatan tersendiri. Sejak penubuhannya, Jabatan Psikiatri telah berkembang menjadi salah satu daripada jabatan akademik yang paling inovatif dan produktif di dalam negara.

Jabatan Psikiatri adalah ditumpukan untuk ke arah peningkatan kecemerlangan yang berteraskan tiga misi utama: pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan klinikal. Dari segi pengajaran, kami mempunyai komitmen yang tinggi untuk memastikan bahawa pegawai perubatan dan peramal kesihatan mental yang kami didiki adalah mahir dalam penjagaan pesakit yang berunsurkan humanistik. Pada tahun 2012, Ijazah Sarjana Perubatan dalam Psikiatri telah diperkenalkan. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan pakar psikiatri yang berdaya saing dan mempunyai nilai-nilai etika yang tinggi dan kemahiran pemikiran kritikal untuk membuat keputusan dalam bidang kesihatan mental.

Kedua, selain daripada pengajaran, penyelidik-penyelidik kami berdedikasi untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang masalah kesihatan mental dan mengkaji pencegahan dan intervensi program yang dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Hasil penglibatan aktif jabatan dan staf akademik dalam aktiviti penyelidikan dapat disaksi di atas penganugerahan Jabatan Psikiatri sebagai Jabatan Klinikal Terbaik bersama-sama dengan Profesor Madya Dr. Hamidin Awang dan Profesor Madya Dr. Normala Ibrahim sebagai penyelidik klinikal terbaik dalam satu penilaian penyelidikan yang telah dijalankan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan pada tahun 2012. Di peringkat kebangsaan, Profesor Dr. Firdaus Mukhtar telah memenangi anugerah National Fellowship untuk Wanita dan Sains L'Oréal 2012 atas pencapaian dan sumbangan beliau dalam penyelidikan.

Dari segi perkhidmatan klinikal, Jabatan Psikiatri mempunyai pakar-pakar perundingan klinikal yang meliputi kesihatan mental daripada psikiatri kanak-kanak dan remaja ke warga tua. Sebagai satu kesinambungan perkhidmatan kesihatan mental yang lengkap, jabatan kami juga menawarkan khidmat rawatan kepada pesakit luar dan pesakit dalam di pelbagai peringkat umur dan diagnosis. Klinik utama bagi perkhidmatan kesihatan mental kami adalah di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia.

 

Kemaskini:: 12/10/2022 [qayyumalemilhadie]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXDdDAk~