JABATAN OTORINOLARINGOLOGI – PEMBEDAHAN KEPALA DAN LEHER
Latar Belakang dan Sejarah Jabatan Otorinolaringologi – Pembedahan Kepala Dan Leher
Jabatan Otorinolaringologi – Pembedahan Kepala Dan Leher (ORL-HNS) dahulunya dikenali sebagai Unit Otorinolaringologi (ORL) di bawah Jabatan Pembedahan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia. Unit Otorinolaringologi ini telah ditubuhkan pada tahun 1998 sebelum bertukar status ke Jabatan pada tahun 2020. Jabatan ORL-HNS juga memainkan peranan penting sebagai posting wajib dalam kurikulum program pelajar perubatan MD(UPM). Pengajaran dan latihan amali dijalankan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah,UPM serta Hospital Serdang. Antara inisiatif baru yang telah dilaksanakan pada tahun 2020 adalah permulaan perkhidmatan klinik ORL di HSAAS. Jabatan ORL-HNS, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan ,UPM, juga sedang dalam proses menawarkan program Sarjana Pembedahan (ORL-HNS) untuk menghasilkan pakar Otorinolaringologi yang kompeten dan memenuhi keperluan perkhidmatan Otorinolaringlogi di Malaysia.
MISI
Jabatan Otorinolaringologi akan menyediakan perkhidmatan ENT bertaraf dunia dan meningkatkan kualiti kesihatan hidup melalui inovasi,kecemerlangan dalam pengajaran, latihan dan penyelidikan.
VISI
Jabatan Otorinolaringologi akan menjadi pusat ENT yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Kemaskini:: 15/02/2024
Pejabat Am Dekan
Aras 3, Bangunan Pentadbiran,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.