Pengenalan | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» JABATAN » Jabatan Pemakanan » Pengenalan

Pengenalan

JABATAN PEMAKANAN 


PENGENALAN

Pemakanan dan gaya hidup memainkan peranan penting dalam pencegahan dan pengurusan penyakit, serta pemeliharaan kesihatan. Seiring dengan perkembangan sosial ekonomi yang pesat di Malaysia, gaya hidup, amalan pemakanan dan tahap aktiviti fizikal masyarakat, telah mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Perubahan ini memberi kesan ke atas corak pola atau kadar morbiditi dan kematian di Malaysia yang kebanyakannya disebabkan oleh penyakit berkaitan gangguan diet, termasuklah penyakit jantung, diabetes, obesiti,dan tekanan darah tinggi. Memandangkan masyarakat Malaysia kini mempunyai tahap kesedaran kesihatan yang lebih tinggi, dan mudah mendapat maklumat dari media elektronik dan cetak, maka adalah penting untuk memastikan bahawa masyarakat menerima atau pun mendapat maklumat yang benar dan tepat berkenaan kesihatan dan pemakanan. Oleh itu, adalah penting bagi institusi pengajian tinggi untuk bertindak secara lebih proaktif dalam mengembangkan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam bidang kesihatan, khususnya dalam bidang pemakanan , di peringkat kebangsaan atau pun antarabangsa.

Sejarah Jabatan

Jabatan Pemakanan dan Kesihatan Komuniti telah ditubuhkan pada 1hb April 1992 sempena dengan penubuhan Fakulti Ekologi Manusia. Pada 1hb Ogos 1996, jabatan ini telah digabungkan dengan Jabatan Sains Bioperubatan dan Jabatan Sains Perubatan untuk menubuhkan Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan. Seterusnya pada 1hb Mei 1999, jabatan telah bertukar nama kepada Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan. Selepas itu ,  jabatan dikenali dengan nama baru, Jabatan Pemakanan dan Dietetik (JPD) . Selepas 1hb. Oktober 2020 , jabatan di kenali dengan nama Jabatan Pemakanan , diketuai oleh Prof. Dr. Norhasmah Sulaiman selaku Ketua Jabatan.

 

Ketua Jabatan terdahulu

  • Prof. Madya Dr. Azrina Azlan (2 Mei 2016 - 1 Mei 2019)
  • Prof Madya Dr. Norhaizan Mohd Esa (1 Mei 2011 - 30 April 2016)
  • Prof. Dr. Zalilah Mohd. Shariff (1 Mei 2009 - 30 April 2011)
  • Prof. Madya Dr. Mohd. Nasir Mohd. Taib (5 Julai 2006 - 30 April 2009)
  • Prof. Madya Dr. Rokiah Mohd. Yusof (1 Mei 2005 - 4 Julai 2006)
  • Prof. Madya Dr. Mohd. Nasir Mohd. Taib (1 Mei 2002 - 31 April 2005)
  • Prof. Dr. Maznah Ismail (1 Ogos 2001 - 30 April 2002)
  • Prof. Dr. Asmah Rahmat (1 Julai 2000 - 31 Julai 2001)
  • Prof. Dr. Maznah Ismail (1 April 1994 - 31 Jun 2000)
  • Prof. Madya Dr. Zaitun Yasin (1 April 1992 - 31 Mac 1994)

 

Struktur Organisasi

Ketua Jabatan  : Prof.Dr. Norhasmah Sulaiman

Ketua Unit :

 

Koordinator Program

  • Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti) Dengan Kepujian : Dr. Mohd Redzwan Sabran
  • Pasca Siswazah (Master Sains dan Doktor Falsafah) di dalam bidang Pemakanan Komuniti, sains Pemakanan, Pemakanan Klinikal dan Biokimia Pemakanan  :  Prof. Madya Dr. Loh Su Peng

Dengan hubungan kerjasama yang rapat dalam kalangan ahli akademik dengan institusi lain, bidang penyelidikan utama ahli Jabatan antara lain ialah :

  • Status Pemakanan pada tahap Kehidupan yang berbeza
  • Jaminan Kedapatan Makanan dan Pemakanan
  • Pendidikan e Makanan dan Promosi Kesihatan
  • Pemakanan dan Perkembangan Kognitif
  • Komposisi Pemakanan dalam Makanan
  • Kajian Bioavailabiliti
  • Produk Makanan Berfungsi dan Nutrasutikal
  • Penyakit Pemakanan dan Metabolik
  • Pengurusan Perkhidmatan Makanan
  • Pemakanan Ibu dan Anak

 

Jabatan Pemakanan, FPSK, UPM komited untuk mewujudkan penglibatan yang kukuh dan kerjasama yan mapan dengan institusi lain.  Jabatan telah mempunyai hubungan dengan pelbagai universiti, agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan dan rakan industri di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam penyelidikan, perundingan, perkhidmatan komuniti, aktiviti pelajar, kakitangan dan lain-lain.

 

Hubungi

  • No. Telefon : 03-97692459
  • No. Faks : 03-89426769

Kemaskini:: 05/04/2021 [m_sharfizam]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXETWAN~