Kakitangan akademik jabatan ini mendapat jemputan dari universiti lain sebagai pensyarah sambilan dan pensyarah kehormat . Sebagai Pakar Perubatan Keluarga, kakitangan akademik jabatan ini juga memberi perkhidmatan klinikal dan perundingan di klinik kesihatan-klinik kesihatan di daerah Sepang seperti Klinik Kesihatan Salak, Klinik Kesihatan Dengkil dan Klinik Kesihatan Sungai Pelek. Sebahagian daripada kakitangan akademik jabatan ini terlibat sebagai pakar penasihat di dalam penyediaan beberapa garis panduan Kebangsaan dan dokuman pengajaran Kebangsaan seperti Garis Panduan Demam denggi, Garis Panduan Kanser Payudara, Garis Panduan Pemeriksaan Klinikal Payudara untuk pengamal perubatan , Garis Panduan Perancang Keluarga untuk pengamal perubatan , Garis panduan rujukan kes kes klinikal di Kesihatan Primer untuk pengamal perubatan dan Garis panduan kaunseling sebelum dan selepas ujian saringan thalassemia di peringkat Kesihatan Primer untuk pengamal perubatan.
.
Kemaskini:: 02/02/2016 [norhayuti]
Pejabat Am Dekan
Aras 3, Bangunan Pentadbiran,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.