Pengenalan | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» JABATAN » Jabatan Perubatan Rehabilitasi » Pengenalan

Pengenalan

KETUA JABATAN

 

NAMA Mazatulfazura SF Salim (Dr.)
JAWATAN Ketua Jabatan Perubatan Rehabilitasi
EMEL fazurasf@upm.edu.my
   

Jabatan Perubatan Rehabilitasi mula dinaiktaraf daripada Unit Perubatan Rehabilitasi dan bahagian Rehabilitasi secara rasmi pada Oktober 2020. Sebelum ini, Unit Rehabilitasi beroperasi di bawah Jabatan Perubatan pada tahun 2008 sehingga 2015. Kemudian, Unit Rehabilitasi bergabung dengan Unit Kejururawatan di bawah Jabatan Kejururawatan dan Rehabilitasi. Dalam masa yang sama, terdapat juga Unit Perubatan Rehabilitasi di bawah Jabatan Perubatan.

Jabatan Perubatan Rehabilitasi ditubuhkan untuk mengendalikan pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan kepakaran dalam bidang rehabilitasi kepada profesional, masyarakat umum, industri dan juga institusi pengajian tinggi di Malaysia. Rehabilitasi merupakan satu bidang sains kesihatan yang menggunakan peralatan, robotik dan aktiviti sebagai medium rawatan untuk membantu seseorang individu untuk meningkatkan fungsi fizikal, kognitif, sosial dan psikologi tanpa menggunakan ubat. Teras perkhidmatan dalam bidang rehabilitasi ialah Perubatan Rehabilitasi, Terapi Cara Kerja, Fisioterapi dan Terapi Pertuturan. Walaubagaimanapun, terdapat juga perkhidmatan bersekutu seperti Jururawat Rehabilitasi, Psikologis Rehabilitasi, Pekerja Sosial, Ortotik dan Prostetik, Podiatrik, Rehabilitasi Sukan dan Pengamal Rehabilitasi Am.

 

Kemaskini:: 12/10/2022 [qayyumalemilhadie]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXETGAN~