Program Akademik | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» JABATAN » Jabatan Sains Bioperubatan » Program Akademik

Program Akademik

Program Pra Siswazah

Jabatan Sains Bioperubatan terlibat dalam penyelarasan dan pengendalian Program Bacelor Sains Bioperubatan dengan Kepujian yang dikendalikan selama empat tahun. Jumlah jam kredit  kursus  dalam kurikulum yang sedia ada sebanyak 132 kredit manakala dalam kurikulum baharu, jumlah jam kredit kursus bertambah menjadi 145 kredit. Kurikulum baharu akan mula ditawarkan pada semua pelajar baharu mulai sesi pengajian tahun 2012/2013. Pelajar yang mengikuti kurikulum lama akan terus mengikuti kurikulum lama sehinggalah pelajar ini menamatkan pengajian.

Di peringkat Pra Siswazah yang mengikuti kurikulum baharu ini, semua pelajar perlu mengambil dan lulus Kursus dalam Modul Wajib (18 kredit), Modul Asas (27 kredit), Modul Profesional (73 kredit), Latihan Industri 12 kredit, Modul lain (15 kredit) dan Kokurikulum (2 kredit).  Kursus yang ditawarkan dalam module di atas merangkumi bidang Fisiologi, Biokimia, Farmakologi, Mikrobiologi, Hematologi, Epidemiologi, Biostatistik, Imunologi, Patologi, Genetik, Radiobiologi, Bioinformatik dan Sains Transfuse. Kursus lain seperti  psikologi, Kemahiran Berfikir, Bahasa Melayu Tinggi, Kenegaraan, Pertanian dan Manusia. Asas Keusahawanan, hubungan etnik dan kemahiran Bahasa Inggeris turut diwajibkan kepada pelajar untuk mengambilnya bagi memantapkan asas pengetahuan supaya pelajar lebih bersedia dalam membentuk masyarakat yang sihat selaras dengan pembangunan dan kemajuan negara.

Program Siswazah

Jabatan Sains Bioperubatan juga ada menawarkan program pengajian di peringkat Sarjana (MSc) selama 2-3 tahun dan Doktor Falsafah (PhD) selama 3 - 4 tahun. Program ini dilaksanakan dengan tesis di dalam beberapa bidang seperti berikut:

  • Genetik
  • Genetik Manusia
  • Biologi Molekul
  • Perubatan Molekul
  • Farmakologi dan Toksikologi
  • Fisiologi

 

Kemaskini:: 01/11/2022 [mfadzlee]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXDdXAG~