Pengenalan | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» JABATAN » Jabatan Urologi » Pengenalan

Pengenalan

JABATAN UROLOGI

Latar Belakang dan Pengenalan Jabatan Urologi

Jabatan Urologi dahulunya dikenali sebagai Unit Urologi di bawah Jabatan Pembedahan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Unit Urologi mula beroperasi pada tahun 2003 dan pada tahun 2015, unit ini diketuai oleh Profesor Madya Dato’ Dr Khairul Asri Mohd Ghani,  memulakan perkhidmatan klinikal secara menyeluruh di Hospital Serdang. Di bawah kepimpinan beliau, unit ini diberikan status jabatan oleh pihak universiti pada tahun 2020. Jabatan Urologi UPM merupakan jabatan urologi yang pertama di kalangan universiti awam di Malaysia. 

Jabatan ini memain peranan yang aktif dalam pengajaran dan latihan pelajar-pelajar Program Doktor Perubatan [Doctor of Medicine, MD] UPM, terutamanya Fasa Klinikal yang dijalankan di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia and Hospital Serdang. Selain itu, jabatan ini merupakan salah satu pusat latihan kepakaran urologi, melalui laluan ‘parallel (untuk pegawai perubatan) dan laluan ‘post-master (latihan sub-kepakaran untuk pakar bedah am) di bawah Lembaga Urologi Malaysia (Malaysian Board of Urology). Pakar urologi mendapat kelayakan FRCS daripada Royal College of Physicians and Surgeons, Glasgow UK dan Malaysian Board of Urology Certification selapas tamat pengajian. Kelayakan FRCS ini adalah satu kelayakan antarabangsa yang bereuptasi tinggi.  

3 pakar bedah urologi telah berjaya tamat pergajian di bawah latihan oleh Prof Madya Dato' Dr Khairul Asri Mohd Ghani - Dr. Syed Hasanul Hadi, Dr Christopher Lee dan Prof. Madya Dr Omar Fahmy

Selain dari pengajaran prasiswazah, latihan kepakaran, perkhidmatan klinikal dan kerja-kerja kemasyarakatan, staf-staf jabatan juga terlibat dalam pengajaran dan penyelidikan pasca ijazah. 

Kemaskini:: 04/09/2021 [mfairuz.ms]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXDcRAk~