Pegawai Sains | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» MENGENAI KAMI » PENTADBIRAN » Pegawai Sains

Pegawai Sains

UPM sebagai sebuah Universiti Penyelidikan terkemuka di Malaysia adalah komited dalam menyediakan fasiliti dan servis terbaik bukan sahaja dalam bidang penyelidikan malahan pengajaran dan perkhidmatan kepada pelanggannya. Kesediadapatan dan permintaan terhadap peralatan saintifik berteknologi tinggi dan metodologi baru di makmal bagi membantu penyelidikan, pengajaran dan perkhidmatan menjadikan peranan Pegawai Sains dalam pengurusan pengoperasian semua makmal fakulti sangat penting.  Selain daripada menguruskan makmal dengan berkesan, Pegawai Sains perlu memberi panduan, nasihat dan latihan berkaitan makmal dan alatan saintifik kepada pelanggan bagi memastikan petunjuk prestasi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) tercapai. Di bawah pentadbiran sains dan teknologi yang diketuai oleh Dekan dan Timbalan Pendaftar, Pegawai Sains telah dibahagikan kepada beberapa seksyen iaitu Kawalan Kualiti Makmal, Fungsi Pengajaran, Fungsi Penyelidikan, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Pengoperasian Makmal, Penjanaan Makmal dan Keperluan bagi menjalankan skop tugas di bawah:

  • Memastikan pengurusan makmal pengajaran berjalan lancar melalui pengurusan dan penyelarasan skop perolehan keperluan bahan pengajaran (bahan kimia dan pakai buang).
  • Menyelaras dan memantau peruntukan penentukuran dan penyenggaraan alatan penyelidikan makmal bagi memastikan alatan ditentukur dan berfungsi dengan baik.
  • Memastikan dan memantau pelaksanaan Sistem Kualiti berjalan dengan lancar di semua makmal fakulti.
  • Menyelaras pengurusan pengoperasian perkhidmatan di makmal yang menawarkan servis
  • Menyelaras dan memastikan pengurusan caj analisis, perkhidmatan dan sewaan alatan makmal berjalan lancar
  • Mengurus atau mengendalikan alatan/metodologi saintifik tertentu bagi keperluan pengajaran atau penyelidikan

 

 

  SEKSYEN PEROPERASIAN PERKHIDMATAN MAKMAL
   
NAMA Pn. Farhatani Mahmud
EMEL farhatani@upm.edu.my
TELEFON 03 9769 2389

 

  SEKSYEN PENJANAAN PENDAPATAN MAKMAL
   
NAMA Dr. Noor Hamzani Farizan
EMEL noor_hamzani@upm.edu.my
TELEFON 03 9769 2584

 

  SEKSYEN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
   
NAMA Pn. Ardiana Naim
EMEL ardiana_naim@upm.edu.my
TELEFON 03 9769 2477

 

  SEKSYEN SISTEM KUALITI MAKMAL
   
NAMA Pn. Fadzlina Amir Shapuddin
EMEL fadzlina@upm.edu.my
TELEFON 03 9769 2727

 

  SEKSYEN FUNGSI PENYELIDIKAN
   
NAMA Pn. Suryati Muhammad Alinafiah
EMEL suryati@upm.edu.my
TELEFON 03 9769 2594
STATUS CUTI BELAJAR UPM : SEHINGGA 2024

 

  SEKSYEN FUNGSI PENGAJARAN
   
NAMA Pn. Nur Hayati Bakar
EMEL nurhayati@upm.edu.my
TELEFON 03 9769 2699

 

  SEKSYEN KEPERLUAN  BERPUSAT MAKMAL
   
NAMA Pn. Safarina Mohd Ismuddin
EMEL safarina@upm.edu.my
TELEFON 03 9769 9195

 

Kemaskini:: 29/09/2022 [farizanm]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2300
03 9769 2585
WVMGSA~