82 Peratus Orang Asli Terima Perubatan Moden - Pakar Perubatan | FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
» NEWS » 82 peratus Orang Asli terima perubatan moden - Pakar perubatan

82 peratus Orang Asli terima perubatan moden - Pakar perubatan

KUALA LUMPUR: : Sejumlah 82 peratus Orang Asli menerima kaedah perubatan moden untuk rawatan diri dan keluarga.

Ketua Laboratori Kesejahteraan dan Kesihatan Sosial Belia IPSAS Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman berkata, ia sekali gus menunjukkan Orang Asli tidak menolak apa sahaja pembaharuan terutama dalam pemodenan cara hidup mereka.

"Orang Asli sebenarnya kalau kaji cara hidup mereka macam menolak kemodenan dengan cara hidup nomad, cara hidup mereka diwarisi nenek moyang selain pendidikan tercicir.

"Namun orang Asli tidak menolak cara hidup moden, cuma mereka tidak mengikut 100 peratus. Mereka mengamalkan jual beli dengan masyarakat luar, mengikut aliran perdana pendidikan.

"82 peratus juga menerima kaedah perubatan moden. Kalau sakit mereka jalan berbatu-batu untuk terima rawatan," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu kata Dr Haliza, masyarakat perlu faham konsep kemodenan untuk Orang Asli dan tidak boleh menilai mereka secara pukul rata semata-mata.

"Batek di Pahang banyak di Taman Negara dan Kuala Koh, Gua Musang, kena faham sebelum buat apa sahaja, kena faham terlebih dahulu selok belok, pantang larang dan sebagainya.

"Kita boleh kategori Orang Asli terbahagi kepada 18 suku dari asal Melayu Proto, Senoi dan Negrito.

"Tidak boleh pukul rata semua sama, kalau masyarakat Batek, separa-nomad. Kalau hendak buat pemodenan, kita tak boleh pukul rata moden dan separa-nomad, jika tidak kita anggap menolak pemodenan, kita tidak mamahami adab resam dan budaya mereka," ujarnya.

Jelasnya lagi, pemahaman masyarakat tentang Orang Asli hanya di semenanjung Malaysia sahaja sementara di Sabah dan Sarawak dipanggil bumiputera.

Katanya, suku komuniti Orang Asli boleh ditemui di semua negeri kecuali di Pulau Pinang dan Perlis.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/82-peratus-orang-asli-terima-perubatan-moden-pakar-perubatan-209674?amp=1&__twitter_impression=true

Date of Input: 15/07/2019 | Updated: 15/07/2019 | yubin

MEDIA SHARING

FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXEUQAD~