Program Sukarelawan Beramal JKPP 2018 Di Rumah Jagaan Mahmudah, Semenyih, Selangor | FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
» NEWS » Program Sukarelawan Beramal JKPP 2018 di Rumah Jagaan Mahmudah, Semenyih, Selangor

Program Sukarelawan Beramal JKPP 2018 di Rumah Jagaan Mahmudah, Semenyih, Selangor

Program Sukarelawan Beramal JKPP 2018 telah diadakan pada 07 Oktober 2018 bertempat di Rumah Jagaan Mahmudah Malaysia di Semenyih, Selangor. Program yang pertama kali diadakan pada semester ini telah disertai oleh 51 orang pelajar tahun 1, Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan) dan diiringi oleh dua orang pegawai, Dr. Shaharuddin Mohd Sham daripada Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan dan Dr. Wan Syazween Lyana Wan Ahmad Kammal daripada Jabatan Perubatan.

Selain aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekeliling pusat jagaan, para pelajar juga sempat berikteraksi bersama penghuni rumah yang rata-rata merupakan warga emas. Ada juga antara mereka terdiri golongan kurang upaya. Selepas selesai aktiviti berkemas, para pelajar mengadakan aktiviti berbentuk hiburan dan makan tengahari bersama-sama penghuni. Sebelum program berakhir, wakil fakulti telah menyerahkan sumbangan merupakan barangan seperti tong-tong air (sejuk dan panas) dan beberapa peralatan lain yang diperlukan oleh pihak rumah jagaan.

Di sini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf fakulti yang telah sudi menyumbang dalam bentuk barangan mahupun wang ringgit bagi mengurangkan beban pusat jagaan ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada para pelajar yang telah menjayakan program kali ini.

 


Pelajar berinteraksi dengan penghuni

 


Pelajar membersihkan kawasan sekitar pusat jagaan

 


Pelajar membantu membersihkan bahan makanan di dapur

 


Pelajar menyuapkan nasi kepada seorang warga emas

 


Antara penghuni yang membuat persembahan nasyid

 


Sesi fotografi kumpulan sebelum program tamat

Date of Input: 08/10/2018 | Updated: 08/10/2018 | h_khairi

MEDIA SHARING

FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXETPAc~