Sel-sel Darah Menggunakan Mikroskop Cahaya | FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
» NEWS » Sel-sel Darah Menggunakan Mikroskop Cahaya

Sel-sel Darah Menggunakan Mikroskop Cahaya

oleh Prof. Madya Dr. Sabariah Md Noor


17 Januari 2019 - Sel-sel darah yang dikenali sebagai sel darah merah (erythrocytes), sel darah putih (leukocytes) dan platelet mempunyai ciri morfologi dan fungsi mereka yang tersendiri. Perubahan pada kuantiti dan ciri morfologi boleh membantu pengamal perubatan membuat diagnosa penyakit. Objektif demonstrasi ini adalah bagi meningkatkan kesedaran serta memupuk minat pelajar sekolah di dalam bidang sains. 

Peserta program yang terdiri daripada pelajar Matrikulasi Sains, Melaka telah didedahkan kepada pengetahuan asas mengenai sel -sel darah, fungsi serta ciri morfologisel melalui pemerhatian di bawah mikroskop.

Perkongsian ilmu melalui ceramah dan amali dengan mengenalpasti sel melalui pemeriksaan ujian calitan darah periferi serta kuiz secara kumpulan diharap dapat memberi pengetahuan kepada pelajar. Pendedahan ini juga diharap dapat membuka minat pelajar untuk mendalami bidang sains khususnya bidang perubatan. 

 

Date of Input: 21/02/2019 | Updated: 21/02/2019 | h_khairi

MEDIA SHARING

FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXETVAy~