| FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
senarai pengumuman terkini

Berminat ingin melanjutkan pengajian Master Sains Pemakanan? 🧑🏻‍🎓👩🏻‍🎓

Ambilan Oktober Sesi 2023/2024 telah dibuka!

HEBAHAN PELAWAAN PERMOHONAN PENGAJIAN MASTER IN NUTRITIONAL SCIENCES OLEH FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN (FPSK), UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Program Master in Nutritional Sciences adalah program Master Sains Kerja Kursus (MSKK) yang menawarkan topik lanjutan yang komprehensif termasuk Pemakanan, gaya hidup dan penyakit tidak berjangkit, Pemakanan global, advokasi dan polisi, Perundangan dan peraturan makanan, Kaedah penyelidikan dan biostatistik dalam pemakanan.

Program sepenuh masa ini dibentuk untuk memberikan latihan pendidikan lanjutan yang dapat menyediakan tenaga kerja yang lebih baik ketika landskap memahami hubungan antara pemakanan dan kesihatan yang pesat berubah. Kursus ini juga adalah untuk melahirkan profesional pemakanan yang berpengetahuan lanjut khususnya dalam bidang pemakanan.

  1. Program selama satu tahun ini mempunyai struktur tiga semester dan kursus ini diajar dalam Bahasa Inggeris.
  2. Pelajar perlu melengkapkan sekurang-kurangnya 40 jam kredit untuk menamatkan pengajian yang merangkumi 34 jam kredit kursus wajib dan Disertasi, dan 6 jam kredit kursus elektif. Kelas dijalankan selepas waktu pejabat pada hari bekerja atau hujung minggu.

📌Tarikh akhir permohonan:

🔸Untuk bermula pada bulan Oktober 2023, mohon sebelum 30 Jun 2023 (bagi pelajar antarabangsa) / 31 Julai 2023 (bagi pelajar tempatan)

 

Untuk maklumat lanjut:

https://sgs.upm.edu.my/programme_of_study/programme_by_coursework/faculty_of_medicine_and_health_sciences-1423

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi penyelaras program

Prof. Dr. Loh Su Peng

📲 03-97692432 / 03-97692459

📩 medic.mnscoordinator@upm.edu.my

 

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2300
03 9769 2585
WWEBPAS:15:47