Misi, Objektif Dan Dasar Kualiti Fakulti | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» MENGENAI KAMI » MAKLUMAT KORPORAT » Misi, Objektif dan Dasar Kualiti Fakulti

Misi, Objektif dan Dasar Kualiti Fakulti

Visi dan Misi Universiti Putra Malaysia

Klik pautan ini>>

Misi

Misi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia ialah untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan melalui pengajaran, penyelidikan, perkhidmatan profesional dan perundingan yang berkesan dan cekap dalam bidang perubatan dan sains kesihatan

Objektif

  • Untuk menyediakan tenaga terlatih dalam bidang perubatan, bioperubatan, pemakanan dan lain-lain bidang sains kesihatan untuk memenuhi keperluan
  • Untuk meningkatkan kerjasama dan pakatan bersama dengan agensi, institusi dan badan-badan di dalam dan luar negara
  • Untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan dalam pelbagai bidang perubatan, bioperubatan, pemakanan dan sains kesihatan
  • Untuk menyumbangkan perkhidmatan perundingan, khidmat nasihat dan pengembangan kepada agensi-agensi kerajaan, bukan kerajaan dan swasta

 

Dasar Kualiti

Adalah menjadi polisi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia untuk melahirkan graduan yang unggul dalam bidang perubatan dan sains kesihatan yang dapat memenuhi kepuasan pelanggan menerusi sistem pengajaran dan pembelajaran yang dilaksana berasaskan Sistem Pengurusan Kualiti yang sentiasa dipertingkatkan keberkesanannya selaras dengan MS ISO 9001:2008.

 

 

t

 

 

Kemaskini:: 08/10/2018 [sazlina]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
B1566513800