Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah, Jaringan Indusrti & Masyarakat Dan Penjanaan Pendapatan) | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» MENGENAI KAMI » TIMBALAN DEKAN » Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah, Jaringan Indusrti & Masyarakat dan Penjanaan Pendapatan)

Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah, Jaringan Indusrti & Masyarakat dan Penjanaan Pendapatan)

Kata-kata Aluan Timbalan Dekan (Siswazah, Jaringan Industri & Masyarakat dan Penjanaan Pendapatan)

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat datang ke laman sesawang Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia secara amnya dan khususnya ke halaman Pejabat Timbalan Dekan  (Siswazah, Jaringan Industri & Masyarakat dan Penjanaan Pendapatan). Kami di sini berperanan dan beriltizam untuk menyediakan satu gerbang yang komprehensif, di mana segala maklumat berkenaan pengajian siswazah dan proses perancangan serta pelaksanaan projek-projek atau program yang melibatkan kerjasama antara fakulti-industri-masyarakat.

Dari aspek siswazah, kami di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan komited kepada kelestarian pendidikan bagi melahirkan graduan-graduan yang holistik. Pengukur kejayaan seseorang graduan itu bukan sahaja dari segi kecemerlangan akademik bahkan turut dinilai dari segi pencapaian GSA (Generic Student Attribute), iaitu kebolehan menggunakan ilmu dan kemahiran yang dipelajari seperti kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kerja berpasukan, moral dan etika profesional, keusahawanan, kepimpinan dan pembelajaran berterusan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara menerusi penyelidikan, khidmat profesional serta aktiviti kemasyarakatan. 

Kami juga amat menitik beratkan dan menghargai penglibatan langsung pihak industri dan masyarakat sebagai salah satu saluran perkongsian dan penyebaran ilmu pengetahuan yang memberi manfaat seterusnya mendorong ke arah kemajuan serta pembangunan masyarakat dan juga negara. Di sini, kami turut menyediakan satu platform jaringan di mana pihak industri dan masyarakat dapat berinteraksi secara terus dengan pihak kami dalam mewujudkan kerjasama simbiosis yang memberi hasil dan impak yang positif kepada semua entiti. Kami sentiasa mengalu-alukan penglibatan semua pihak dan menjemput semua melayari laman sesawang kami untuk sebarang maklumat lanjut.

Akhir kata, semoga jalinan ukhwah antara pelajar-fakulti-industri-masyarakat yang terbina ini dapat menyumbang kepada kelestarian kemajuan negara serta memartabatkan bangsa Malaysia sejajar dengan pengangan utuh universiti iaitu ‘BERILMU BERBAKTI’. Insha Allah.

 

Sekian, terima kasih.

 

PROFESOR DR. MUHAMMAD NAZRUL HAKIM ABDULLAH
Timbalan Dekan (Siswazah, Jaringan Industri & Masyarakat dan Penjanaan Pendapatan)
Tel: 03 8947 2394
Emel: nazrulh@upm.edu.my

 

Senarai staf

 

NAMA Profesor Dr. Muhammad Nazrul Hakim Abdullah
JAWATAN Timbalan Dekan (Siswazah,  Jaringan Industri & Masyarakat dan Penjanaan Pendapatan)
EMEL nazrulh@upm.edu.my
TELEFON 03 8947 2394
NAMA Puan Wan Malini Wan Mahzan
JAWATAN Setiausaha Pejabat
EMEL malini@upm.edu.my
TELEFON 03 8947 2604

 

NAMA Mrs. Siti Maryam Othman
JAWATAN Penolong Pendaftar Kanan (Jaringan Industri dan Masyarakat)
EMEL sitimaryam@upm.edu.my
TELEFON 03 9769 2504
NAMA Puan Zaireen Zakaria
JAWATAN Penolong Pendaftar Kanan (Siswazah)
EMEL erinn@upm.edu.my
TELEFON 03 8947 2686

 

Unit Siswazah & Jaringan Industri dan Masyarakat

NAMA Mohd Yusly Mohd Yusof
JAWATAN Pembantu Tadbir
EMEL myusly@upm.edu.my
TELEFON 03 8947 2506
NAMA Puan Nor Hafizah Sabran
JAWATAN Pembantu Tadbir
EMEL nor_hafizah@upm.edu.my
TELEFON 03 8947 2506

 

 

Kemaskini:: 25/03/2019 [h_khairi]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
B1566511989