Bacelor Sains (Sains Bioperubatan) | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» AKADEMIK » Pra siswazah » Bacelor Sains (Sains Bioperubatan)

Bacelor Sains (Sains Bioperubatan)

Program ini mendapat akreditasi dari Institute of Biomedical Science (IBMS), UK

Program ini ialah kombinasi kajian sains praklinikal dan paraklinikal.  Struktur program terdiri daripada anatomi, fisiologi, bioteknologi, biologi molekul, sitogenetik, farmakologi, toksikologi, mikrobiologi dan lain-lain sub-bidang sains bioperubatan.

Program ini menitikberatkan penggunaan teknologi bioperubatan terkini dalam kajian manusia dengan kursus-kursus seperti diagnosis makmal ke atas penyakit-penyakit, keselamatan dan kawalan ke atas mutu makanan dan produk farmasuetikal. 

Selain dari melatih mahasiswa supaya berkeupayaan menjalankan penyelidikan dalam bidang sains bioperubatan, ia juga bertujuan menyediakan graduan yang terlatih dan mahir dalam penyelidikan terkini, kaedah diagnostik di makmal-makmal dan pengurusan makmal di hospital dan industri. 

Peluang Kerjaya

Sektor Penyelidikan Bioperubatan

  • Universiti dan Hospital
  • Institut/Pusat Penyelidikan
  • Penyelidikan dan Pembangunan Industri
  • Penyelidik
  • Penyelidik berasaskan Pertanian
  • Pegawai Penyelidik

 Sektor Industri

  • Perunding Makmal dan Diagnostik
  • Perunding Perubatan Molekular
  • Perunding Mikrobiologi
  • Perunding Toksikologi
  • Perunding Sitogenetik
  • Juruteknik Patologi
  • Juruteknik Forensik
  • Industri Farmaseutikal dan Vaksin

Industri Penjagaan Kesihatan

  • Perunding Pembangunan Polisi dan Nasihat Kesihatan
  • Perunding Promosi Kesihatan Negara

 Sektor Maklumat

  • Bioinformik dan ICT
  • Medical Underwriter
  • Sains Kewartawanan

 Pendidikan dan Latihan

  • Guru di peringkat Menengah
  • Pensyarah

Kemaskini:: 08/10/2018 [sazlina]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
B1566511868