Doktor Kesihatan Awam | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» AKADEMIK » Pengajian Siswazah (Perubatan) » Doktor Kesihatan Awam

Doktor Kesihatan Awam

PENGENALAN

Doktor Kesihatan Awam (DrPH) ialah program Kedoktoran Kepakaran Profesional yang telah ditawarkan pada Semester Pertama Sesi Akademik 2013/2014 di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Program DrPH adalah program sepenuh masa selama 3 ke 6 tahun (6 ke 12 semester) pengajian. Program ini mengandungi kerja kursus, disertasi dan residensi. 

Pengajaran dijalankan di kampus Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM dan di fasiliti kesihatan (daerah, negeri dan persekutuan) dan institusi kesihatan tempatan atau antarabangsa di dalam atau luar negara. Pengajaran merangkumi kuliah, seminar, pembelajaran berpusatkan pelajar, kajian kes, residensi kesihatan awam dan penyelidikan untuk disertasi.

Program ini menawarkan bidang kepakaran seperti berikut:

  1. Epidemiologi dan Biostatistik Gunaan
  2. Pengurusan Perkhidmatan Kesihatan
  3. Kesihatan Keluarga
  4. Perubatan Persekitaran
  5. Perubatan Pekerjaan

 

STRUKTUR KURIKULUM

Tahun Pertama

Semester Pertama (26 minggu):

  • Empat Kursus Wajib
  • Dua Kursus Elektif Kepakaran Kesihatan Awam
  • Penyelidikan Doktor Kesihatan Awam

 

Semester Kedua (26 minggu):

  • Satu Kursus Wajib, Seminar Disertasi Doktor Kesihatan Awam
  • Lima Kursus Elektif Kepakaran Kesihatan Awam mengikut bidang yang dipilih
  • Penyelidikan Doktor Kesihatan Awam
  • Peperiksaan Komprehensif

 

Tahun Kedua

Semester Ketiga (26 minggu):

  • Penyelidikan Doktor Kesihatan Awam

 

Semester Keempat (26 minggu):

  • Residensi Kesihatan Awam
  • Penyelidikan Doktor Kesihatan Awam
  • Seminar Kemajuan

 

Tahun Ketiga

Semester Kelima (26 minggu):

  • Residensi Kesihatan Awam
  • Penyelidikan Doktor Kesihatan Awam

 

Semester Keenam (26 minggu):

  • Disertasi Doktor Kesihatan Awam
  • Seminar Akhir
  • Penulisan Saintifik untuk Penerbitan

 

Kaedah Latihan

Pengajaran menggunakan kaedah:

  • Kuliah
  • Pembelajaran berpusatkan pelajar
  • Seminar
  • Kajian kes atau laporan kes
  • Pembelajaran berpeluang
  • Residensi di kemudahan kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan tempat latihan yang dipersetujui oleh universiti
  • Penyelidikan dan penulisan disertasi
  • Penerbitan kertas saintifik

 

Jumlah Kredit 

Sepanjang 3 tahun, pelajar dikehendaki memenuhi keperluan minimum 100 jam kredit.

 

SYARAT KEMASUKAN

Calon hendaklah mempunyai kelayakan yang sesuai dari universiti yang diiktiraf oleh UPM seperti berikut:

  1. Pegawai perubatan
  2. Memiliki Ijazah Doktor Perubatan (MD) atau Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS atau MBBCh) atau lain-lain ijazah yang setara dari universiti tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Senat
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Kesihatan Awam (MPH) atau setara dengan CGPA tidak kurang 3.2
  4. Memenuhi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh Universiti dan Kementerian Kesihatan Malaysia (bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan KKM)

 

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

  • Mengembang kepakaran atau sub kepakarannya dalam bidang perubatan kesihatan awam
  • Menjalankan penyelidikan dalam bidang perubatan kesihatan awam, dan menerbitkan hasil penyelidikannya dalam jurnal bertaraf antarabangsa
  • Menaksir taraf kesihatan individu, keluarga dan komuniti dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perubatan kesihatan awam
  • Mempamer sikap beretika, profesionalisme dan peka kepada perubatan persekitaran dan keperluan organisasi dan komuniti
  • Mempamer keupayaan berkomunikasi dengan dalm kontek tempat kerja dan komuniti

 

YURAN PENGAJIAN

Struktur Yuran

 

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Penyelaras Program : Dr. Rahmat Dapari, Jabatan Kesihatan Komuniti                         

No Telefon               : 03-9769 2424

Mohon disini

Kemaskini:: 22/04/2022 [sazwan.ishak]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXDdFAu~