Master Kesihatan Persekitaran Dan Pekerjaan | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» AKADEMIK » Pengajian Siswazah (Sains Kesihatan) » Master Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan

Master Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan

MASTER KESIHATAN PERSEKITARAN DAN PEKERJAAN

PENGENALAN

Program ini direka bentuk supaya graduan boleh menggunakan lagi kemahiran berfikir saintifik dan kritis yang diperoleh untuk menjalankan penyelidikan di tempat kerja mereka sendiri dengan penyeliaan yang minimum untuk menghasilkan keputusan berasaskan bukti. Pelajar akan didedahkan kepada aspek pelbagai disiplin Kesihatan Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang termasuk tetapi tidak terhad kepada dasar dan perundangan global dan tempatan, toksikologi, higien industri, faktor manusia dan ergonomik, metodologi penyelidikan, sistem pengurusan dan aspek kejuruteraan dalam pengurusan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan. Oleh itu, sekiranya proses pembelajaran sepanjang hayat menarik minat mereka, pelajar boleh memilih untuk melanjutkan pengajian ke peringkat kedoktoran.

OBJEKTIF

Objektif program Master Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan adalah:

  1. Melahirkan pegawai kumpulan pengurusan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan yang berdaya saing dan berkemampuan untuk menerajui bidang Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan melalui perkhidmatan, penyelidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.
  2. Menghasilkan pegawai kumpulan pengurusan dengan kemahiran dan kepakaran di dalam pengurusan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan.
  3. Melahirkan pegawai kumpulan pengurusan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan yang kreatif, inovatif, sensitif dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan kelestarian alam sekitar.

 

STRUKTUR KURIKULUM

Ini adalah program 3 semester (1.5 tahun).

Pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.

Pelajar dikehendaki melengkapkan 43 jam kredit yang diagihkan seperti berikut:

- Kursus Teras = 15 jam kredit (5 mata pelajaran)

- Kursus Pengkhususan = 15 jam kredit (5 mata pelajaran)

- Kursus elektif = 6 jam kredit (2 mata pelajaran)

- Projek Penyelidikan = 7 jam kredit

- Jumlah = 43 jam kredit

 

SYARAT KEMASUKAN

  1. Calon mesti mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan memperolehi PNGK sekurang-kurangnya 2.750 atau setara dalam mana-mana bidang Sains (Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Statistik), Kejuruteraan dan Kesihatan Bersekutu yang berkaitan; ATAU
  2. Calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan memperolehi PNGK di antara 2.50 – 2.749 atau setara dalam mana-mana bidang Sains (Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Statistik), Kejuruteraan dan Kesihatan Bersekutu yang berkaitan boleh diberi pertimbangan setelah lulus penilaian dalaman yang rapi; ATAU
  3. Calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan memperolehi PNGK di antara 2.000-2.499 atau setara dalam mana-mana bidang Sains (Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Statistik), Kejuruteraan dan Kesihatan Bersekutu yang berkaitan boleh diberi pertimbangan sekiranya mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan setelah mendapat Ijazah Sarjana Muda tersebut.

 

 YURAN

 Yuran bagi pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa boleh didapati di dokumen berikut:

https://sgs.upm.edu.my/content/tuition_fees-40583

 

Rujuk dokumen berikut untuk panduan permohonan:

https://sgs.upm.edu.my/upload/dokumen/20210305103902UPM_POSTGRADUATE_APPLICATION_GUIDE_4.3.2021.pdf

 

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Penyelaras program : Dr. Nor Eliani Ezani

Emel : masterkpp.medic@upm.edu.my

laman web: http://www.medic.upm.edu.my/

 

MAKLUMAT TAMBAHAN

 

Brosur untuk bakal pelajar (https://drive.google.com/file/d/10qLeth2ehF9VKRtfRVG0D3uBbG3sSX0T/view

 

 

Kemaskini:: 16/08/2023 [nooraffandi]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXETQAn~