Bacelor Sains Bioperubatan Dengan Kepujian | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» AKADEMIK » Pra siswazah » Bacelor Sains Bioperubatan dengan Kepujian

Bacelor Sains Bioperubatan dengan Kepujian

 

 PENGENALAN

Program ini mendapat akreditasi dari Institute of Biomedical Science (IBMS), UK

Program ini ialah kombinasi kajian sains praklinikal dan paraklinikal.  Struktur program terdiri daripada anatomi, fisiologi, bioteknologi, biologi molekul, sitogenetik, farmakologi, toksikologi, mikrobiologi dan lain-lain sub-bidang sains bioperubatan.

Program ini menitikberatkan penggunaan teknologi bioperubatan terkini dalam kajian manusia dengan kursus-kursus seperti diagnosis makmal ke atas penyakit-penyakit, keselamatan dan kawalan ke atas mutu makanan dan produk farmasuetikal. 

Selain dari melatih mahasiswa supaya berkeupayaan menjalankan penyelidikan dalam bidang sains bioperubatan, ia juga bertujuan menyediakan graduan yang terlatih dan mahir dalam penyelidikan terkini, kaedah diagnostik di makmal-makmal dan pengurusan makmal di hospital dan industri. 

 

MATLAMAT PROGRAM 

Matlamat [Program Educational Objectives (PEO)] program Bacelor Sains Bioperubatan dengan Kepujian adalah untuk melahirkan pegawai terlatih yang mempunyai ciri-ciri berikut:

STRUKTUR KURIKULUM 

Kurikulum program Bacelor Sains Bioperubatan Dengan Kepujian dengan jumlah 136 jam kredit termasuk 2 jam kredit kokurikulum. Kursus yang ditawarkan dalam program ini dibahagikan kepada tiga (3) komponen utama iaitu Kursus Wajib, Kursus Teras dan Kursus pilihan

 

Kursus Wajib (20 kredit)

Sebanyak 20 jam kredit yang merangkumi tujuh (7) kursus dan 2 jam kredit kursus kokurikulum perlu diambil oleh pelajar. Kursus wajib terdiri daripada kurus kemanusiaan yang bertujuan membentuk kemahiran berkomunikasi dan keusahawanan serta semangat cintakan negara di dalam diri pelajar

 

Kursus Teras (107 kredit)

Kursus yang ditetapkan dalam program sebanyak 107 jam kredit untuk membolehkan pelajar mencapai tahap kemahiran yang cukup dalam bidang Sains Bioperubatan.

 

kursus Pilihan (9 kredit)

Kursus Pilihan adalah sebanyak 9 kredit yang terdiri daripada kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Sains Bioperubatan.

 

KERJAYA 

Peluang kerjaya kepada graduan dalam bidang Sains Bioperubatan amat meluas di Malaysia dan juga luar negara, antaranya ialah sebagai :

  • Sektor Penyelidikan Bioperubatan
  • Institut/Pusat Penyelidikan, Universiti dan Hospital
  • Penyelidikan dan Pembangunan Industri
  • Penyelidik berasaskan Pertanian
  • Pegawai Penyelidik
  • Sektor Industri
  • Penyelidik
  • Perunding Makmal dan Diagnostik
  • Perunding Promosi Kesihatan Negara
  • Sektor Maklumat
  • Bioinformik dan ICT
  • Medical Underwriter
  • Perunding Perubatan Molekular
  • Perunding Mikrobiologi
  • Perunding Toksikologi
  • Perunding Sitogenetik
  • Juruteknik Patologi
  • Juruteknik Forensik
  • Industri Farmaseutikal dan Vaksin
  • Industri Penjagaan Kesihatan
  • Perunding Pembangunan Polisi dan Nasihat Kesihatan
  • Sains Kewartawanan
  • Pendidikan dan Latihan
  • Guru di peringkat Menengah
  • Pensyarah

 

 

SYARAT KEMASUKAN (CALON TEMPATAN) 

 

 

SYARAT KEMASUKAN (CALON ANTARABANGSA) 

 

KADAR YURAN PENGAJIAN

 

Kemaskini:: 23/09/2020 [erinn]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXDdXAV~