Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran Dan Pekerjaan) | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» AKADEMIK » Pra siswazah » Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)

Program ini mendapat akreditasi dari Chartered Institute of Environmental Health (CIEH), UK 

Pelajar-pelajar program Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains, sains kesihatan, kesihatan persekitaran, kesihatan pekerjaan dan kesihatan komuniti. Pelajar-pelajar didedahkan dengan pelbagai teknik pembelajaran untuk memaksimakan potensi pembelajaran mereka.

Matlamat program adalah untuk menghasilkan graduan yang kreatif dan inovatif serta sensitif dalam menangani isu dan masalah kesihatan persekitaran, pekerjaan dan komuniti, mampu untuk meningkatkan kualiti kehidupan dengan membuat keputusan dan polisi yang sesuai berdasarkan penyelidikan dan berkemahiran untuk menjalankan penyelidikan dan perundingan yang berkualiti tinggi pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Peluang Kerjaya

  • Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
  • Koordinator Keselamatan dan Kesihatan
  • Pegawai Perlindungan Persekitaran, Penilai Pemantauan Bunyi Bising
  • Eksekutif Keselamatan dan Kesihatan
  • Penilai Proses Keselamatan/Risiko
  • Juru Audit Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan
  • Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Penilai Kualiti Udara Dalaman
  • Ahli Akademik
  • Penilai Kimia
  • Juruteknik Higen.

Kemaskini:: 05/10/2018 [h_khairi]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
B1566343794