Bacelor Sains (Pemakanan Dan Kesihatan Komuniti) | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» AKADEMIK » Pra siswazah » Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)

Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)

Program selama empat (4) tahun ini menggabungkan kursus-kursus dalam bidang sains asas, sains pemakanan dan kesihatan komuniti. 

Program ini memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengaplikasikan teori berlandaskan teknologi sains yang sesuai dengan menangani isu-isu berorientasikan manusia dalam pemakanan dan kesihatan dengan menggunakan pengetahuan sains fizikal, sains gunaan dan sains sosial. 

Objektif am kursus ini adalah untuk melahirkan graduan yang dilengkapi dengan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman dalam bidang pemakanan dan kesihatan komuniti.


Peluang Kerjaya

Peluang kerjaya kepada graduan dalam bidang Pemakanan dan Kesihatan Komuniti amat meluas di Malaysia dan juga luar negara. Antaranya ialah sebagai:

  • Penyelidik Pemakanan di Universiti dan Hospital
  • Saintis di Institut/ Pusat Penyelidikan
  • Pegawai Penyelidik
  • Pegawai Sains (Pemakanan)
  • Perunding Pemakanan
  • Pengurus Korporat
  • Pensyarah
  • Perancang Promosi Kesihatan
  • Jurulatih/Pendidik Kesihatan
  • Pegawai Pemasaran
  • Pengurus Peraturan Makanan
  • Pegawai Jaminan Kualiti dan Kawalan

Kemaskini:: 05/10/2018 [h_khairi]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
B1566340142