Didik Kepentingan Air Sejak Dari Awal | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» BERITA » Didik kepentingan air sejak dari awal

Didik kepentingan air sejak dari awal

Didik kepentingan air sejak dari awal

 

JASIN – Tidak hanya ibu bapa, sebaliknya anak- anak perlu diberikan pendidikan awal mengenai kepentingan air sejak dari kecil.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Datuk Dr. Wong Fort Pin berkata, pendedahan itu sangat penting supaya anak- anak khususnya yang sudah melangkah ke alam persekolahan tahu akan kepentingannya.

Menurutnya, inisiatif tersebut menjurus kepada pemuliharaan dan penjimatan air.

“Jika anak- anak memahami kepentingan air, sudah tentu ibu bapa atau orang dewasa lebih lebih peka terhadapat penjimatan air.

“Seiring dengan tema Hari Air Sedunia 2019 iaitu ‘Air Untuk Semua’, masyarakat haruslah memainkan peranan menjaga sumber air sekali gus memastikan kita dapat mengakses air bersih mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sambutan Hari Air Sedunia 2019 di Sekolah Kebangsaan (SK) Baruk, di sini.

Program tersebut turut kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM), Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dan Green Growth Asia Foundation.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Green Growth Asia Foundation, Datuk Dr. Dionysius Shankar Kumar Sharma dan wakil UPM, Prof. Madya Dr. Juliana Jalaludin dan Guru Besar SK Air Baruk, Nizam Aziz.

Menerusinya, pelbagai aktiviti menarik turut dijalankan seperti majlis pelancaran Sistem Penuaian Air Hujan dihasilkan SK Air Baruk, pertandingan ‘Eco-Code’ dan persembahan kanak-kanak sekolah.

Mengulas mengenai pertandingan ‘Eco Code’, Nizam berkata, ia membabitkan kanak- kanak dari 13 sekolah di Melaka.

“Pertandingan ini bertujuan membawa seluruh komuniti sekolah sebagai satu pasukan berkongsi video mereka di Facebook dengan menyampaikan mesej melindungi sumber air.

“Mereka telah membentangkan pelbagai idea dalam menyokong tema ‘Air untuk Semua’,” katanya.

Pemenang utama pertandingan Eco Code menerima hadiah wang tunai RM200 dan sijil.

Sambutan Hari Air di SK Baruk turut disertai 320 pelajar, guru- guru dari 13 sekolah terlibat dan agensi kerajaan.

 

Sumber: https://melakakini.my/didik-kepentingan-air-sejak-dari-awal/?fbclid=IwAR0NyblhOZTbV4HyBXtYFDnPMpG0cwP5h5L7rYyCda576ID7mR-5aQzZHug

Tarikh Input: 22/07/2019 | Kemaskini: 22/07/2019 | yubin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
C1571388778