Karnival Sukan Fakulti (KASUF) 2019 | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» BERITA » Karnival Sukan Fakulti (KASUF) 2019

Karnival Sukan Fakulti (KASUF) 2019

Satu program sukan iaitu “Karnival Sukan Fakulti” atau KASUF 2019 telah diadakan daripada 10 hingga 18 November 2019 yang baru lalu. Ianya telah membuka peluang kepada semua pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk merapatkan silaturrahim melalui acara sukan. Karnival ini telah memaparkan beberapa jenis sukan seperti “road relay”, bola tampar, futsal, boling, bola jaring dan juga “dodgeball”. Pelajar daripada 5 kelab di bawah naungan Medical and Health Sciences Student Association atau MEHSSA telah mengikuti acara-acara yang dipertandingkan iaitu Kelab Foodnatic, Kelab Biomedic, Kelab Nursing, Kelab Medic dan Kelab ENVOCH.  Semua acara sukan KASUF berlangsung di gelanggang Kolej 17 dan Fantasy Bowl, South City Plaza. Karnival Sukan Fakulti telah diakhiri dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah pada 18 November 2019 (Isnin). Tetamu kehormat yang telah dijemput menyempurnakan majlis adalah Dr. Ahmad Akira Omar Farouk yang mewakili YBhg. Timbalan Dekan (Akademik Sains Kesihatan dan Hal Ehwal Pelajar) dan Dr. Shaharuddin Mohd Sham yang merupakan penasihat MEHSSA. Pada malam tersebut, Kelab Foodnatic telah dinobatkan juara KASUF 2019 dengan memenangi 4 pingat emas dan 1 perak, diikuti oleh Kelab ENVOCH dengan 2 pingat emas, 4 perak dan 1 gangsa. Kelab Medic jatuh ke tempat ke 3 dengan memungut 1 pingat emas, 3 perak dan 4 gangsa, diikuti oleh Kelab Biomedic dengan 1 pingat emas. Kelab Nursing di tempat ke 5 dengan 3 pingat gangsa. Kepada yang menang, tahniah diucapkan, kepada yang tidak bernasib baik, cuba lagi di tahun hadapan. Program ini telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada semua pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan diharapkan ianya dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

IMG20191116204910.jpg  IMG_20191118_205605.jpg  IMG_20191118_211301.JPG

IMG_20191110_094111.jpg  IMG_20191112_181421.jpg  photo6235752860197431493.jpg  

Tarikh Input: 21/11/2019 | Kemaskini: 21/11/2019 | h_khairi

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXEYUAo~