KURSUS PENDEK PENGURUSAN BENCANA | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» BERITA » KURSUS PENDEK PENGURUSAN BENCANA

KURSUS PENDEK PENGURUSAN BENCANA

LAPORAN “KURSUS PENDEK PENGURUSAN BENCANA” PADA 16 DAN 17 FEBRUARI 2016

Pada 16 dan 17 Februari 2016 yang baru lalu, Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, dengan kerjasama Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Antarabangsa), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, telah menganjurkan “Kursus Pendek Pengurusan Bencana”. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 88 orang pelajar Magister Kesehatan Masyarakat dari Fakultas Kesehatan Masyarakat, Universitas Malahayati, (UNIMAL), Bandar Lampung, Indonesia. Semasa kursus tersebut, seramai lapan orang pensyarah telah dijemput untuk memberikan kuliah. Tajuk kuliah yang disampaikan merangkumi pengurusan air minuman semasa bencana hinggalah kepada pemetaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam pengurusan bencana.

Secara keseluruhan, para peserta sangat berpuas hati dengan input yang diperolehi dan berharap apa yang telah mereka pelajar selama dua hari itu dapat diaplikasikan jika berlakunya bencana alam. Adalah menjadi harapan agar kursus sebegini dapat dianjurkan setiap tahun oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan khususnya dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan umumnya.

Disediakan oleh :
Dr. Shaharuddin Mohd Sham
Pengarah

 


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
B1566309531