Pameran “Hari Air Sedunia 2022” Di Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» BERITA » Pameran “Hari Air Sedunia 2022” di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia

Pameran “Hari Air Sedunia 2022” di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia

Pameran “Hari Air Sedunia 2022” di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia pada 09 Jun 2022

 

Pada 09 Jun 2022 bersamaan hari Khamis yang lepas, Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama pelajar tahun 2 Bacelor Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan dengan Kepujian (BSKPPDK) telah menganjurkan Pameran “Hari Air Sedunia 2022”, salah satu aktiviti akademik di bawah kursus EOH4104 Kualiti Air Dalam Kesihatan Persekitaran yang dikendalikan oleh Dr. Shaharuddin Mohd Sham selaku penyelaras kursus. Pameran berbentuk poster dan permainan yang bertemakan “Groundwater: Making The Invisible Visible” itu telah dijalankan di Foyer, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia.

Secara ringkasnya, tujuan penganjuran pameran ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat, khususnya warga Universiti Putra Malaysia (UPM) mengenai air bawah tanah, ciri-cirinya dan kepentingannya. Tajuk-tajuk poster yang dipamerkan termasuklah isu pencemaran air, masa depan air bawah tanah, kesan perubahan iklim terhadap air bawah tanah, undang-undang berkaitan serta penggunaan air bawah tanah di Malaysia.

Pameran telah bermula pada pukul 2.00 petang dan dihadiri oleh para pensyarah serta pelajar dari pelbagai fakulti. Disamping itu, penilaian poster telah dijalankan oleh 3 orang penilai, iaitu Profesor Madya Dr. Suriani Ismail daripada Jabatan Kesihatan Komuniti, Dr. Suhaili Abu Bakar @ Jamaludin daripada Jabatan Sains Bioperubatan dan Puan Sit Aishah Hamzah daripada Jabatan Kejururawatan. Kriteria penilaian poster tertumpu kepada isi kandungan serta reka bentuk poster yang boleh menarik perhatian pengunjung, di samping kebolehan ahli kumpulan untuk menjawab soalan yang diajukan para penilai. Seterusnya, majlis penutup program telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan, Jabatan Kesihatan Dan Persekitaran, Profesor Madya Dr. Karmegam Karuppiah diiringi oleh Dr. Shaharuddin. Majlis telah diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang poster terbaik dan kedua terbaik beserta sijil kepada para pelajar yang bertungkus-lumus menyediakan bahan dan menjalankan pameran tersebut dengan jayanya.

Akhir kata, agar program ini dapat memberikan impak kepada masyarakat, khususnya warga Universiti Putra Malaysia mengenai kepentingan air bawah tanah serta dapat menanam rasa tanggungjawab dan peka dalam kalangan masyarakat untuk bertindak dan mengambil bahagian dalam mempromosikan kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan sumber dan kualiti air.

Disediakan oleh:

Muhammad Syamil Bin Kheirudin, Pengarah Program

Disunting oleh Dr. Shaharuddin Bin Mohd Sham, Penyelaras Kursus EOH4104 Kualiti Air Dalam Kesihatan Persekitaran

Tarikh Input: 16/06/2022 | Kemaskini: 16/06/2022 | yubin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXESMAG~