PROGRAM MOBILITI ENVOCH UPM – SINGAPURA 2018 | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» BERITA » PROGRAM MOBILITI ENVOCH UPM – SINGAPURA 2018

PROGRAM MOBILITI ENVOCH UPM – SINGAPURA 2018

 

PROGRAM MOBILITI ENVOCH UPM – SINGAPURA 2018

10 – 12 Mei 2018

Program mobiliti ke Singapura untuk pelajar tahun 1, Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), telah diadakan dari 10 – 12 Mei 2018. Program anjuran Kelab Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan (ENVOCH) yang merupakan kelab pelajar di bawah Persatuan Pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan (MEHSSA) ini disertai oleh pelajar daripada Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Antara tempat yang telah dilawati ialah “Saw Swee Hock School of Public Health” di National University of Singapore (NUS) pada 11 Mei 2018. Profesor Teo Yik Ying, Dekan, “Saw Swee Hock School of Public Health”, NUS, dan beberapa staf, termasuk Profesor Madya Norbert Wagner, Dr. Jeff Hwang dan Dr. Vivian Ng telah turut serta dalam perjumpaan tersebut. Dalam pertemuan tersebut, para pelajar telah diberi penerangan mengenai program dan aktiviti berkaitan kesihatan dan keselamatan pekerjaan. Adalah menjadi harapan agar lawatan ini dapat diadakan setiap tahun untuk memberi pendedahan kepada pelajar khususnya daripada aspek yang berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan pekerjaan dan juga mempersiapkan mereka kearah dunia pekerjaan sebenar.

Gambar kumpulan

Penyerahan cenderahati oleh penasihat Kelab ENVOCH / Koordinator Mobiliti, Dr. Shaharuddin Mohd Sham kepada Profesor Madya Norbert Wagner dengan diperhatikan oleh Dr. Vivian Ng, Dr. Jeff Hwang dan Saudara Zharif Adam, pengarah program mobiliti

Pelajar mendengar penjelasan daripada Profesor Madya Norbert Wagner

 

Tarikh Input: 17/05/2018 | Kemaskini: 17/05/2018 | yubin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXDdFAT~