PROGRAM MOBILITI MEHSSA UPM – JEPUN 2020 | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» BERITA » PROGRAM MOBILITI MEHSSA UPM – JEPUN 2020

PROGRAM MOBILITI MEHSSA UPM – JEPUN 2020

Program Mobiliti MEHSSA UPM – Jepun 2020 telah berlangsung pada 12 sehingga 25 Januari lalu telah disertai oleh 10 orang pelajar pelbagai jurusan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia. Program ini telah diiringi oleh seorang pensyarah iaitu Dr. Shaharuddin bin Mohd Sham yang juga merupakan penasihat mobiliti FPSK. Program selama 14 hari ini telah dimanfaatkan dengan lawatan ke University of Tsukuba, Kanagawa Prefectural Yokohama Senior High School of International Studies (YIS) dan Pusat R&D Hamura Casio Computer Co. Ltd.

Sewaktu lawatan ke University of Tsukuba, para peserta telah didedahkan dengan kajian berkaitan Humanics dan juga Human Biology Program yang ditawarkan oleh universiti tersebut. Para peserta juga telah melakukan pertukaran budaya bersama-sama pelajar tempatan di YIS seperti cara pemakaian kain batik, anyaman ketupat dan juga membuat demonstrasi tarian tradisional. Pembentangan oleh Encik Kikuo Ibe, seorang jurutera dan pereka jam G-SHOCK juga telah diadakan di Pusat R&D Hamura Syarikat Casio Computer Co. Ltd. sebelum lawatan diteruskan ke kawasan kawalan jaminan kualiti jenama jam tersebut dan beberapa jabatan lain. Selain itu, para peserta juga telah didedahkan dengan budaya tempatan dengan meluangkan masa bersama-sama keluarga angkat di sebuah perkampungan sekitar Pekan Odate, Akita.

 

Tarikh Input: 13/02/2020 | Kemaskini: 13/02/2020 | h_khairi

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXEZRAO~