Program Sukarelawan Beramal JKPP 2018 telah diadakan pada 07 Oktober 2018 bertempat di Rumah Jagaan Mahmudah Malaysia di Semenyih, Selangor. Program yang pertama kali diadakan pada semester ini telah disertai oleh 51 orang pelajar tahun 1, Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan) dan diiringi oleh dua orang pegawai, Dr. Shaharuddin Mohd Sham daripada Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan dan Dr. Wan Syazween Lyana Wan Ahmad Kammal daripada Jabatan Perubatan.
Selain aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekeliling pusat jagaan, para pelajar juga sempat berikteraksi bersama penghuni rumah yang rata-rata merupakan warga emas. Ada juga antara mereka terdiri golongan kurang upaya. Selepas selesai aktiviti berkemas, para pelajar mengadakan aktiviti berbentuk hiburan dan makan tengahari bersama-sama penghuni. Sebelum program berakhir, wakil fakulti telah menyerahkan sumbangan merupakan barangan seperti tong-tong air (sejuk dan panas) dan beberapa peralatan lain yang diperlukan oleh pihak rumah jagaan.
Di sini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf fakulti yang telah sudi menyumbang dalam bentuk barangan mahupun wang ringgit bagi mengurangkan beban pusat jagaan ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada para pelajar yang telah menjayakan program kali ini.
Pelajar berinteraksi dengan penghuni
Pelajar membersihkan kawasan sekitar pusat jagaan
Pelajar membantu membersihkan bahan makanan di dapur
Pelajar menyuapkan nasi kepada seorang warga emas
Antara penghuni yang membuat persembahan nasyid
Sesi fotografi kumpulan sebelum program tamat
Tarikh Input: 08/10/2018 | Kemaskini: 08/10/2018 | h_khairi
Pejabat Am Dekan
Aras 3, Bangunan Pentadbiran,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.