Risiko Pejalan Kaki, Dr Kulanthayan Beri Peringatan | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» BERITA » Risiko pejalan kaki, Dr Kulanthayan beri peringatan

Risiko pejalan kaki, Dr Kulanthayan beri peringatan

Sebagai pejalan kaki, mereka menghadapi risiko apabila berada di atas jalan raya. Apatah lagi jika pejalan kaki itu seorang kanak-kanak, ia akan lebih mendatangkan risiko tinggi jika dibiarkan berseorangan di atas jalan raya.

Profesor Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Kulanthayan K.C. Mani berkata, kanak-kanak tidak boleh berseorangan ketika berada di atas jalan raya.

“Mereka hanyalah seorang kanak-kanak yang bersaiz kecil. Tidak mampu membuat keputusan yang tepat dan selamat ketika di jalan raya.

“Oleh itu, kanak-kanak ini harus diiringi bersama dengan orang dewasa semasa di jalan raya bagi mengelakkan sebarang risiko kemalangan,” ujarnya ketika dihubungi Sinar Bestari.

Menurut Dr Kulanthayan, terdapat pelbagai fasiliti telah disediakan kerajaan bagi menjamin keselamatan pejalan kaki di pelbagai peringkat umur.

“Untuk pejalan kaki dalam kalangan kanak-kanak, saya menasihatkan supaya mereka mengunakan kemudahan yang disediakan seperti lintasan belang, lorong pejalan kaki, jejantas dan lintasan pejalan kaki berlampu isyarat bagi mengurangkan risiko kemalangan.

“Gunakan segala fasiliti ini ketika menjadi pejalan kaki dan mohon jangan mengambil mudah soal melintas jalan kerana risikonya boleh mengundang maut,” jelas Dr Kulanthayan.

Mengulas lanjut mengenai Program Inisiatif Keselamatan Pejalan Kaki dalam Kalangan Kanak-Kanak Sekolah yang diadakan baru-baru ini, Dr Kulanthayan berkata, program berkenaan memberi banyak manfaat kepada masyarakat.

Ini kerana, pelbagai ilmu keselamatan jalan raya telah dikongsi kepada orang ramai sepanjang program berlangsung di Kota Bharu, Kelantan.

Beliau yang turut memberi taklimat keselamatan jalan raya kepada hadirin menitipkan pesanan kepada mereka supaya bersabar ketika mahu melintas jalan dan jangan amalkan sikap mengambil risiko dalam jurang masa yang singkat dengan sanggup berdiri di tengah-tengah jalan semata-mata mahu melintas.

Sumber asal: Sinar Harian

https://sinarbestari.sinarharian.com.my/komuniti/risiko-pejalan-kaki-dr-kulanthayan-beri-peringatan/

Tarikh Input: 03/10/2022 | Kemaskini: 03/10/2022 | ahmadmustafa

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXETHAa~