Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia Diiktiraf Dan Dhargai Atas Perjuangan Mereka Memartabatkan SDG 3 | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» BERITA » Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia diiktiraf dan dhargai atas perjuangan mereka memartabatkan SDG 3

Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia diiktiraf dan dhargai atas perjuangan mereka memartabatkan SDG 3

Disember 12, 2019. Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menganjurkan program tahunan mereka iaitu PETALING JAYA SUSTAINABLE COMMUNITY AWARDS 2019 dengan tema ‘Localizing Sustainable Development Goals’. Semasa majlis ini, pihak MBPJ mengiktiraf institusi serta organisasi yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goal) melalui program mereka di Petaling Jaya. Atas dasar tersebut, pihak Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia diiktiraf dan dhargai atas perjuangan mereka memartabatkan SDG 3 Good Health and Well Being melalui program ulung mereka iaitu Motorcycle Child Safety Helmet Initiative di sekolah rendah di Petaling Jaya. Initiative Safe Kids Malaysia UPM ini secara specifiknya mensasarkan SDG 3.6 (pengurangan separuh kematian dan kecederaan kemalangan jalan raya menjelang 2020) di samping SDG 11.2 (penyediaan pengangkutan yang selamat bagi kanak kanak menjelang 2030. Profesor Madya Dr. Kulanthayan KC Mani, Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia UPM menerima anugerah tersebut beserta dengan wang duit sebanyak RM3000 daripada Dato Bandar Petaling Jaya Dato Sayuthi Bakar di Dewan Sivik, PJ. Mengiringi beliau ialah pengurus program Child Helmet Initiative Dr. Nurrul Hafeezah Sahak serta Prof. Dr. Mansor Talib, Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Bandar.


                                             

                                                    

  


           

 

 

 

Tarikh Input: 14/12/2019 | Kemaskini: 26/12/2019 | ahmadmustafa

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXEQNAX~