BACELOR OF NURSING WITH HONOURS | FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
» CALON PELAJAR SESI 2020/2021 » Prasiswazah » BACELOR OF NURSING WITH HONOURS

BACELOR OF NURSING WITH HONOURS

ARAHAN KEPADA CALON PELAJAR PROGRAM BACELOR KEJURURAWATAN DENGAN KEPUJIAN SESI AKADEMIK 2020/2021

 

No. Arahan

1.

 

TEMUDUGA SECARA KONFERENSI VIDEO

1. Pautan platform kaedah dan katalaluan akan dihantar kepada calon melalui e-mel. Calon akan dimaklumkan selewat-lewatnya pada 12hb Jun 2020.

2. Tarikh temuduga akan ditetapkan oleh sekretariat pada salah satu sesi seperti berikut:

Tarikh

Platform Kaedah

Masa

Sekretariat

16 Jun 2020(Selasa)

Zoom atau Panggilan Video WhatsApp atau Google Meet

 9.00 pagi – 1.00 petang

Jabatan Kejururawatan dan Rehabilitasi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM, Serdang Selangor Darul Ehsan. Telefon: +603 9769 2429 Emel:  up6723001@upm.edu.my

17 Jun 2020(Rabu)

18 Jun 2020(Khamis)


3. Setiap calon yang ditemuduga akan dinilai dan direkodkan.

4. Masa yang diperuntukkan untuk setiap calon adalah 10-15 minit.

5. Sekiranya calon tidak dapat menghadiri sesi temu duga secara dalam talian, sila berhubung dengan Puan Umiaziente Suchi melalui emel di up6723001@upm.edu.my SEBELUM 28 Mei 2020.

 2.

 

MENGHADIRI SESI TEMU DUGA 

 Sahsiah Rupa Diri (Temu Duga Dalam Talian Dan Video)

  • Calon yang menghadiri temu duga dalam talian dan penyediaan hendaklah mematuhi peraturan arahan pakaian yang ditetapkan oleh Fakulti atau berpakaian kemas dan sopan.

 Lelaki:

  • Kemeja lengan panjang, tali leher, seluar panjang (slack) dan kasut rasmi. Tidak dibenarkan memakai baju-T, singlet atau seluar jeans.

  • Rambut pendek dan kemas serta tidak diwarnakan.

 Perempuan:

  • Baju kurung/kebaya atau office-attire serta kasut bertutup. Tidak dibenarkan memakai baju-T, seluar jeans atau berpakaian yang menjolok mata.

  • Rambut hendaklah kemas serta tidak diwarnakan, sekiranya tidak bertudung.

 3.

 

PENGHANTARAN SALINAN DOKUMEN 

1.Calon perlu membuat salinan dokumen dan dihantar melalui pautan Google Form berikut https://forms.gle/NcFwdvZikZ1V5YeU8

2. Salinan dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

    a. Surat Panggilan Temuduga

    b. Sijil Matrikulasi/Asasi/STPM

    c. Sijil SPM

    d. Keputusan MUET

    e. Sijil Kelahiran:

    • Sijil Kelahiran Calon

    • Sijil Kelahiran Bapa

    • Sijil Kelahiran Ibu

   f. Kad Pengenalan:

    • Kad Pengenalan Calon

    • Kad Pengenalan Bapa

    • Kad Pengenalan Ibu

  g. Laporan perubatan (download disini: Borang Laporan Perubatan)

  h. Lain-Lain Dokumen Sokongan & Sijil Yang Berkaitan

3. Dokumen-dokumen di atas perlu diimbas (scan) dalam format PDF dan dimuat naik di dalam pautan Google Form pada 12hb Jun 2020 selewatnya 11.59 malam.

4. Bagi laporan perubatan, calon hendaklah menggunakan borang laporan perubatan UPM dan pemeriksaan dijalankan di Hospital Kerajaan sahaja.

5. Kegagalan menghantar salinan dokumen yang lengkap akan menyebabkan permohonan calon tidak akan dipertimbangkan.

4. 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi:

Puan Umiazienti Suchi 

Penyelaras Program

Emel: up6723001@upm.edu.my

 

 NOTIS:

Kepada calon yang gagal mendapat tawaran ke UPM dan mana-mana Universiti Awam, rayuan boleh dibuat melalui sistem dalam talian UPU mulai 18 hingga 24 Ogos 2020.

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia ingin memaklumkan bahawa kepada calon-calon yang telah mengemukakan rayuan samada melalui emel, surat atau pun yang hadir sendiri di Bahagian Kemasukan UPM atau ke  FPSK, sekiranya tuan/puan tidak dihubungi sehingga 1 September 2020, rayuan tuan/ puan adalah tidak berjaya. Pihak UPM/ FPSK tidak mengeluarkan pemberitahuan secara bersurat memandangkan permohonan yang diterima terlalu banyak.

Sekali lagi pihak UPM/ FPSK mengucapkan ribuan terima kasih atas minat tuan/puan untuk menyambung pengajian di UPM,  namun begitu UPM tidak dapat mempertimbangkan kesemua rayuan atas sebab tiada kekosongan tempat.

 

Updated:: 27/05/2020 [erinn]

MEDIA SHARING

FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
C1591021320