Program Doktor Perubatan | FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
» CALON PELAJAR SESI 2020/2021 » Prasiswazah » Program Doktor Perubatan

Program Doktor Perubatan

ARAHAN KEPADA CALON PELAJAR PROGRAM DOKTOR PERUBATAN SESI 2020/2021

No.         Arahan
1.


PENYEDIAAN VIDEO

 

  1. Calon perlu menghasilkan sebuah video berdasarkan soalan yang akan diberikan kemudian.
  2. Soalan akan diberi pada 26hb Mei 2020 di page ini (bahagian bawah)
  3. Sebelum rakaman video dibuat, calon perlu menunjukkan kad pengenalan untuk tujuan pengesahan
  4. Di dalam video tersebut, calon perlu memperkenalkan diri dan latar belakang keluarga
  5. Video hendaklah berdurasi tidak melebihi 5 minit (3 hingga 5 minit)
  6. Calon boleh memilih untuk menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sepenuhnya (tidak boleh campur Bahasa)
  7. Video resume perlu dihantar dalam format MP4 melalui pautan Google Form
  8. Saiz fail video tidak boleh melebihi 100 MB. Sekiranya perlu, boleh menggunakan aplikasi percuma i) Clipchamp atau ii) Handbrake (bagi iOS) untuk mengecilkan saiz video
  9. Fail video mestilah dinamakan sebagai “PV-NO KAD PENGENALAN-NAMA PENUH” CONTOH: PV-02020205257-SAZWAN BIN ISHAK
  10. Calon perlu menyerahkan jawapan/ video pada 2hb Jun 2020 selewatnya 11.59 malam
2.


PENYEDIAAN ESEI

 

 

  1. Calon perlu menyediakan esei berdasarkan soalan yang akan diberikan kemudian
  2. Soalan akan diberi pada 1hb Jun 2020 di page ini (bahagian bawah)
  3. Esei yang disediakan hendaklah tidak melebihi 800 patah perkataan
  4. Calon boleh memilih untuk menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sepenuhnya (tidak boleh campur Bahasa)
  5. Esei perlu dihantar dalam format Microsoft Word melalui pautan Google Form
  6. Fail esei mestilah dinamakan sebagai “PE-NO KAD PENGENALAN-NAMA PENUH” CONTOH: PE-02020205257-SAZWAN BIN ISHAK
  7. Calon perlu menyerahkan jawapan/ video pada 2hb Jun 2020 selewatnya 11.59 malam
3.


MENGHADIRI SESI TEMU DUGA 

 

 

  1. Calon MESTI menghadiri sesi temu duga secara dalam talian (online) yang akan diadakan pada 3 dan 4 Jun 2020 (bergantung kepada sesi).
  2. Maklumat temu duga dalam talian akan dipaparkan di laman web rasmi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.
  3. Pautan platform Google Meet temu duga akan dihantar kepada calon melalui emel tiga (3) hari sebelum tarikh temuduga.
  4. Sekiranya calon tidak dapat menghadiri sesi temu duga secara dalam talian, sila berhubung dengan En. Mohd Khairi Hasan melalui emel di up6721001@upm.edu.my  SEBELUM 28 Mei 2020.
 4.


SAHSIAH RUPA DIRI (TEMU DUGA DALAM TALIAN DAN VIDEO)

Calon yang menghadiri temu duga dalam talian dan penyediaan hendaklah mematuhi peraturan arahan pakaian yang ditetapkan oleh Fakulti atau berpakaian kemas dan sopan (tidak dibenarkan memakai jeans dan T-shirt)

Lelaki

:

Berkemeja, bertali leher, berseluar slack dan berkasut 

Berambut pendek, kemas dan tidak diwarnakan 

Perempuan

:

Baju kurung/ berseluar panjang/  berskirt panjang di bawah paras lutut dan berkasut 

Berambut kemas dan tidak diwarnakan 

 5.
PENGHANTARAN SALINAN DOKUMEN

Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dihantar melalui pautan Google Form yang diberikan:

  1. Surat Panggilan Temu Duga
  2. Sijil Diploma/Matrikulasi/Asasi/Pasum/STPM
  3. Sijil SPM
  4. Keputusan MUET
  5. Sijil Kelahiran:
    • Sijil Kelahiran Calon
    • Sijil Kelahiran Bapa
    • Sijil Kelahiran Ibu
  6. Kad Pengenalan:
    • Kad Pengenalan Calon
    • Kad Pengenalan Bapa
    • Kad Pengenalan Ibu
  1. Dokumen & Sijil Yang Berkaitan

Dokumen-dokumen di atas perlu diimbas (scan) dalam format PDF dan dimuat naik di dalam pautan Google Form pada 2hb Jun 2020 selewatnya 11.59 malam

6. 


SENARAI SEMAK 

 
No. Perkara Catatan
1. Penghantaran video (format MP4) melalui Google Form   
2. Penghantaran esei (format Word) melalui Google Form  
3. Penghantaran dokumen sokongan (format PDF) melalui Google Form  
4. Serahan video dan esei hanya boleh dilakukan SEKALI SAHAJA (1 Limit Response). Sila pastikan anda telah menyemak semua butiran dan dokumen sebelum serahan dilakukan.  
5. Video, Esei dan dokumen sokongan dihantar melalui Google Form pada 2hb Jun 2020 selewatnya 11.59 malam  
6. Mengenalpasti butiran sesi temu duga  

 

 7.

SOALAN UNTUK PENYEDIAAN VIDEO DAN ESEI

Soalan ini boleh didapati di laman web ini/ di page ini (bahagian bawah).

Bagi membuka soalan, calon pelajar perlu memasukan kata laluan yang diberikan bersama surat tawaran.

Capaian ke google form: https://forms.gle/U3rxUbjTGmfWnZL38

 

SEBARANG KETIDAKPATUHAN KEPADA SYARAT/ PERATURAN/ KETETAPAN YANG TELAH DINYATAKAN DI DALAM ARAHAN INI AKAN MENYEBABKAN PERMOHONAN ANDA TIDAK DIPROSES

8.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi:

En. Mohd Khairi Hasan
Penolong Pendaftar Kanan
Emel: up6721001@upm.edu.my


Muat turun arahan: Klik disini 

 

Soalan Penyediaan Video: Klik disini 

 

Soalan Esei: Klik disini 

 

Sesi Temu Duga : Klik disini (Sila gunakan kata laluan soalan penyediaan video untuk membuka fail ini)

 

PENGUMUMAN

  • Calon yang tidak mempunyai sijil SPM/ STPM/ Asasi, boleh digantikan dengan slip keputusan
  • Bagi calon dari Asasi Pertanian UPM/ Asasi UiTM boleh muat naik slip keputusan semester 1
  • Salinan dokumen yang dimuat naik perlu dibuat dalam bentuk pdf atau imej (.jpeg/.png/.jpg) serta tidak perlu disahkan tetapi dipalang dan ditulis penyataan berikut: UNTUK TUJUAN PENGAMBILAN KE UPM SAHAJA.
  • Semua dokumen/ tugasan perlu dimuat naik (SEKALI SAHAJA (1 Limit Response)) ke google form: https://forms.gle/U3rxUbjTGmfWnZL38 selewatnya pada 2hb Jun 2020, jam 11.59 malam. Pihak UPM tidak akan menerima dokumen yang lewat diserahkan.

 

NOTIS:

Kepada calon yang gagal mendapat tawaran ke UPM dan mana-mana Universiti Awam, rayuan boleh dibuat melalui sistem dalam talian UPU mulai 18 hingga 24 Ogos 2020.

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia ingin memaklumkan bahawa kepada calon-calon yang telah mengemukakan rayuan samada melalui emel, surat atau pun yang hadir sendiri di Bahagian Kemasukan UPM atau ke  FPSK, sekiranya tuan/puan tidak dihubungi sehingga 1 September 2020, rayuan tuan/ puan adalah tidak berjaya. Pihak UPM/ FPSK tidak mengeluarkan pemberitahuan secara bersurat memandangkan permohonan yang diterima terlalu banyak.

Sekali lagi pihak UPM/ FPSK mengucapkan ribuan terima kasih atas minat tuan/puan untuk menyambung pengajian di UPM,  namun begitu UPM tidak dapat mempertimbangkan kesemua rayuan atas sebab tiada kekosongan tempat.

Updated:: 01/06/2020 [h_khairi]

MEDIA SHARING

FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
C1591011776