COFFEE TABLE BOOK: FPSK 25 TAHUN | FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
» COFFEE TABLE BOOK: FPSK 25 TAHUN

COFFEE TABLE BOOK: FPSK 25 TAHUN

Cadangan pembikinan Coffee Table Book adalah salah satu aktiviti sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-25 FPSK (1996-2021) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia. Buku ini bertujuan memberi maklumat sejarah fakulti kepada warga FPSK khasnya dan warga UPM amnya. Ia berfungsi untuk memberi maklumat dan memperingati sejarah penubuhan FPSK ke tahap pencapaian sehingga tahun 2021.  Coffee Table Book FPSK  ini dapat mengimbas kembali memori, pengalaman dan kenangan dari pelbagai sudut kepada warga fakulti dalam bentuk helaian yang boleh diakses secara mudah oleh semua pihak. Buku ini telah siap sepenuhnya dan telah dicetak. Setiap warga fakulti perlu memiliki senaskhah buku untuk dijadikan rujukan dan kenangan sepanjang zaman.  Diharap setiap warga fakulti menghargai usaha menerbitkan Coffee Table Book FPSK sempena 25 tahun penubuhan FPSK yang sulung seumpanya di FPSK. 

Untuk mendapatkan buku ini, tuan/puan boleh mengimbas kod seperti yang tertera pada poster atau link di atas.  Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi Pn. Fadzlina Amir Shapuddin (Pengerusi Sidang Redaksi) di 03-97692727 atau En. Mohammad Hafizi Shafie (AJK Sidang Redaksi) di 03-97692602.

Klik untuk beliBuy Now E-Commerce Button Web - Free GIF on Pixabay

Video Promosi

SXEZKAE~