Pengenalan | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» JABATAN » Jabatan Dietetik » Pengenalan

Pengenalan

JABATAN DIETETIK


Latar Belakang dan Sejarah Jabatan Dietetik

Jabatan Dietetik (JD) bermula sebagai salah sebuah unit di dalam Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia.Unit Dietetik merupakan sebuah entiti akademik yang menawarkan program Bacelor Sains Dietetik bermula pada sesi 2005/2006 serta program pascasiswazah di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang Pemakanan Klinikal. Program ini adalah berdaya maju dan kompetetif dengan menjadi antara program yang popular di UPM dengan permintaan untuk memasuki program yang tinggi. Program ini juga telah berkembang dan menjadi antara program Bacelor Sains Dietetik terbaik di Malaysia melalui kayu ukur permintaan industri, maklum balas pemegang taruh dan kualiti pencapaian graduan berbanding dengan institusi pengajian tinggi awam lain yang menawarkan program yang sama.

Dengan pembinaan dan pengoperasian Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), unit dietetik telah dinaiktaraf kepada Jabatan Dietetik bermula 1 Oktober 2020. Fungsi jabatan ini di HPUPM dilihat dapat menjadi pengembangan kepada fungsi akademik di fakulti di mana kesemua pensyarah dan pegawai dietetik yang terlibat menyumbang kepada perkhidmatan yang ditawarkan, penyelidikan dan latihan praktikal pelajar-pelajar daripada program Bacelor Sains Dietetik. Di HPUPM, Jabatan Dietetik memainkan peranan penting terhadap sokongan perkhidmatan klinikal di hospital dengan menawarkan perkhidmatan makanan kepada pesakit di dalam wad dan perkhidmatan dietetik klinikal kepada pesakit dalam dan luar.

Visi

Jabatan Dietetik akan menjadi pusat kecemerlangan dalam penawaran perkhidmatan dietetik klinikal, sajian makanan, dietetik di dalam komuniti serta pendidikan dan penyelidikan berkaitan dietetik di Malaysia. 

Misi

Jabatan Dietetik beriltizam untuk memberikan perkhidmatan dietetik yang tepat, berkualiti tinggi dan terkini berasaskan bukti saintifik dan perkembangan teknologi dalam bidang dietetik menerusi staf yang komited dan berkemahiran tinggi.

 

Ketua Jabatan:

  • Dr. Zuriati Ibrahim

 

Penyelaras Akademik:

Program Bachelor Sains Dietetik

  • Professor Madya Dr. Siti Nur’Asyura Adznam

 

Penyelidikan dan Pascasiswazah

  • Dr. Zuriati Ibrahim

 

Jaringan Industri & Masyarakat dan Penjanaan Pendapatan

  • Professor Dr. Rosita Jamaluddin

 

Ketua Pegawai Dietetik:

  • Nurliyana Naharuddin

 

Hubungi

  • No. Telefon : 03-97692459
  • No. Faks : 03-89426769

Kemaskini:: 01/10/2021 [m_sharfizam]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXDdRAy~