Program Akademik | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» JABATAN » Jabatan Kejururawatan & Rehabilitasi » Program Akademik

Program Akademik

Program Bacelor Kejururawatan di UPM mula ditawarkan pada tahun 2004 dengan mengambil pelajar lepasan diploma kejururawatan dan jangkamasa program adalah selama 2 tahun. Bermula September 2012, program Bacelor Kejururawatan 4 tahun mula ditawarkan . Pada bulan September tahun 2014, program pasca siswazah; Sarjana sains (tesis) dan PhD (tesis) dalam bidang kejururawatan mula ditawarkan.

 

Syarat-syarat kemasukan

 

2.1       Pra Siswazah: Bacelor Kejururawatan

 

Semua pelajar- pelajar mesti memenuhi syarat – syarat kemasukan seperti yang

ditetapkan KPM dan Senat UPM, serta memenuhi garis panduan Lembaga

Jururawat Malaysia. Pada masa kini, program Bacelor Kejururawatan UPM tidak

ditawarkan kepada pelajar lepasan Diploma Kejururawatan/ Sains Kesihatan.

 

Untuk pelajar-pelajar tempatan:

Kelayakan minimum STPM

Syarat am universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kertas Julai;

dan

Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang kurangnya PNGK 3.00 dan mendapat sekurang kurangnya:

  • Gred B (NGMP 3.00) mata  

pelajaran Pengajian Am;

dan

  • Gred B (NGMP 3.00) dalam

dua

(2) mata pelajaran lain

dan

  • Mendapat sekurang kurangnya

Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET)

 

Kelayakan minimum Matrikulasi dan Asasi

Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia kertas Julai;

dan

Lulus matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM / Asasi Sains Pertanian UPM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian English University Test (MUET)  

 

Pelajar antarabangsa:

Syarat-syarat kemasukan pelajar antarabangsa adalah seperti di atas

dan

Pelajar mesti lulus International English Language Testing Services (IELTS) dengan minima 5.5 atau Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dengan minima 550

 

Kelayakan Minimum Diploma/Setaraf

Syarat Am Universiti

Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013.  Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira;

DAN

Mempunyai Diploma UA/Politeknik/IPTS, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; atau

 

Mempunyai STPM tahun 2017 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau

 

Mempunyai Matrikulasi/Asasi tahun 2017 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau

 

Lulusan Sekolah Sukan Malaysia/GCE ALevel/International Baccalaureate Diploma/Australian Matriculation (AUSMAT) serta kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku.

Memenuhi Syarat Am Universiti

serta

SYARAT KHAS PROGRAM

Memiliki Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM;

ATAU

Memiliki Diploma dalam bidang Kejururawatan yang diiktiraf oleh Lembaga Jururawat Malaysia, Inspektor Kesihatan dan Pembantu Perubatan yang diiktiraf oleh Senat UPM;

ATAU

Calon-calon yang berkhidmat dalam perkhidmatan kesihatan (seperti Inspektor Kesihatan, Pembantu Perubatan dan Jururawat dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh Senat UPM) mestilah memenuhi syarat berikut:

 

·        Memiliki Sijil SPM dan lulus mata pelajaran Chemistry/Biology; dan kekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Mathematics

·        Memiliki Sijil dalam bidang yang berkenaan;

·        Memiliki sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman dalam bidang Kejururawatan/Sains Kesihatan;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET);

dan

 

Lulus temu duga dan saringan khas yang ditetapkan.

 

1.    Calon perlu membawa laporan pemeriksaan kesihatan pegawai perubatan (UPM/KKM) yang diiktiraf untuk memastikan status kesihatan calon adalah layak semasa menghadiri saringan khas;

2.    Umur 18 - 28 tahun, BMI : Ideal (≤25);

3.    Calon mesti disahkan sihat dari segi perubatan oleh pengamal perubatan berdaftar yang diiktiraf oleh UPM;

4.    Calon yang mengidap penyakit medikal seperti HIV/AIDS, Hepatitis B atau C, penyakit mental, sawan dan penyakit kronik yang lain tidak dibenarkan memasuki program;

5.    Calon tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan fizikal atau deria yang boleh menghalang tugas seorang jururawat;

6.    Pemilihan akan dilakukan oleh pensyarah dan kakitangan kejururawatan di Jabatan Kejururawatan dan Rehabilitasi.

 

Program Ijazah Sarjana/ Master Sains (Kejururawatan)

  1. Calon mestilah memperoleh Ijazah/Bacelor yang berkaitan atau kelulusan yang setaraf dengannya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 ke atas; 
  2. Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan atau dengan bidang yang ditawarkan tidak kurang daripada tiga (3) tahun. 
  3. Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia atau yang setaraf ; dan 

Pelajar Dalam Negara 

  1. Memperolehi Sijil Amalan Tahunan; dan 
  2. Mempunyai kemahiran dalam Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya kredit dalam Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lulus kursus Bahasa Inggeris di peringkat Diploma dan Ijazah atau setaraf. 

 

 Pelajar Luar Negara

  1.  Mempunyai Temporary Practicing Certificate 
  2.  Mempunyai kemahiran dalam Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya TOEFL 550
  3.  atau IELTS Band 6.0. 

Program Doktor Falsafah (Kejururawatan)

  1. Calon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.0 di peringkat Master Sains atau mempunyai Master Sains dengan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan program yang dipohon tidak kurang tiga (3) tahun. 
  2. Calon yang mempunyai Ijazah / Bacelor Sains dalam bidang yang berkaitan dengan Kepujian Kelas Satu atau PNGK 3.75 layak dipertimbangkan untuk terus masuk ke program Ph.D. 
  3. Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia atau yang setaraf ; 

Pelajar Dalam Negara

  1. Memperolehi Sijil Amalan Tahunan; dan 
  2. Mempunyai kemahiran dalam Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya kredit dalam Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lulus kursus Bahasa Inggeris di peringkat Diploma dan Ijazah atau setaraf

  Pelajar Luar Negara

  1. Mempunyai Temporary Practicing Certificate; dan 
  2. Mempunyai kemahiran dalam Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya TOEFL 550  
  3. atau IELTS Band 6.0

 

 

Kemaskini:: 03/01/2019 [azura_bakar]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
B1566512613