Jabatan Pemakanan Dan Dietetik | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» JABATAN » Jabatan Pemakanan dan Dietetik

Jabatan Pemakanan dan Dietetik

Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ditubuhkan untuk mengendalikan aspek pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional dalam bidang pemakanan dan dietetik. Jabatan ini menawarkan dua program prasiswazah iaitu Pemakanan dan Kesihatan Komuniti dan Dietetik di samping menawarkan program M.Sc. dan PhD dengan tesis dalam bidang Pemakanan Komuniti, Sains Pemakanan, Pemakanan dan Biokimia Pemakanan. Jabatan memfokuskan penyelidikan mengenai pemakanan dan dietetik dalam kalangan kanak-kanak, remaja, dewasa, orang tua dan kumpulan khusus seperti pesakit HIV/AIDS, kencing manis, darah tinggi dan masalah buah pinggang. Penyelidikan mengenai jaminan kedapatan makanan, gaya hidup sihat, promosi kesihatan, hubungkait sosiobudaya dan pemakanan, makanan berfungsi, mengenalpasti komponen anti kanser serta probiotik dan kesihatan nutraseutikal turut diberi penekanan. Jabatan Pemakanan dan Dietetik juga menyediakan perkhidmatan profesional khususnya perkhidmatan kaunseling pemakanan di Klinik Dietetik, Makmal Kaunseling Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM.

Kemaskini:: 27/03/2019 [sazlina]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566511797