Pengenalan | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» JABATAN » Jabatan Obstetrik dan Ginekologi » Pengenalan

Pengenalan

 

NAMA : Dr. Maiza Tusimin
JAWATAN : Pensyarah Perubatan Kanan / Ketua Jabatan
KEPAKARAN : Obstetrics & Gynaecology
EMEL : maiza@upm.edu.my
TEL : +603-9769 2641

Jabatan ini ditubuhkan pada tahun 1998 dan dikenali sebagai Jabatan Pertumbuhan dan Pembangunan Manusia (JPPM). Pada 1 Jun 2006, Jabatan Pertumbuhan dan Pembangunan Manusia telah dibubarkan dan dibahagikan kepada dua jabatan berasingan iaitu Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, dan Jabatan Pediatrik. Jabatan menggunakan Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Kajang sebagai lokasi pengajaran dan perkhidmatan klinikal.

Pada tahun 2006, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi telah berkembang dan berpindah ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Serdang dan memulakan sesi pengajaran dan perkhidmatan klinikal di Hospital Serdang. Jabatan Obstetrik dan Ginekologi terlibat di dalam pengajaran pelajar perubatan tahun 1, 4 dan 5. Jabatan juga menawarkan perkhidmatan klinikal termasuk ujian dan pemeriksaan ketidaksuburan, ginekologi dan fetomaternal. Jabatan Obstetrik dan Ginekologi mempunyai sebuah makmal Reproductive and Research Centre FMHS yang menawarkan perkhidmatan ketidaksuburan dan menjalankan penyelidikan yang berkaitan. Makmal tersebut berada di tingkat 6, blok makmal D.

Unit Genetik Klinikal kini telah berpindah ke Jabatan Sains Bioperubatan berkuatkuasa pada 1 Oktober 2015.

Ketua Jabatan terdahulu

  • Dr. Rohani Aziz
  • Prof. Madya Dr. Mohd Nazri Yazid
  • Prof. Madya Dr. Noraihan Nordin
  • Prof. Dr. Jammal Ahmad Essa
  • Dr. Zulida Rejali

Struktur Organisasi

  • Ketua Unit Obstetrik dan Ginekologi : Dr. Zulida Rejali
  • Ketua Unit Reproduktif dan Penyelidikan : Prof. Madya Dr. Mohd Nazri Yazid
  • Pegawai Sains : Encik Mohd Hasrul Adzhar bin Hassan 

Hubungi

  • No. Telefon : +603-9769 2640
  • No. Tel Makmal : +603-9769 2716
  • No. Faks : +603-9769 2639

 

 

Kemaskini:: 29/07/2019 [m_riyas]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
B1566514307