Jabatan Mikrobiologi Dan Parasitologi Perubatan | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» JABATAN » Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan

Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan

Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan ditubuhkan pada 1 Jun 2006 untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan penyelidikan dalam bidang mikrobiologi dan parasitologi perubatan untuk pelajar perubatan dan sains kesihatan. Terdapat dua unit di bawah jabatan ini iaitu Unit Mikrobiologi Perubatan dan Unit Parasitologi dan Entomologi Perubatan yang sebelum ini adalah sebahagian daripada komponen aktif Jabatan Sains Makmal Klinikal (1999). Misi jabatan ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kefahaman kepada pelajar perubatan dan sains kesihatan dalam bidang kepakarannya. Jabatan ini menyahut misi pengajaran universiti dengan mendidik pelajar-pelajar sarjana muda dan sarjana dalam bidang bakteriologi, virologi, mikologi, parasitologi, entomologi dan juga interaksi perumah-patogen. Selain juga terlibat dalam banyak penyelidikan saintifik selaras dengan status universiti sebagai salah satu universiti penyelidikan utama di Malaysia.

Kemaskini:: 01/02/2017 [azlinda_upm]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566310568