Kata-kata aluan Timbalan Dekan (Akademik Sains Kesihatan dan HEPA)
Assalammualaikum, Selamat Sejahtera dan Selamat Datang diucapkan kepada mahasiswa dan mahasiswi baharu ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia. Pertama sekali kami di Bahagian Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan anda menjejakkan kaki ke Kampus Hijau, UPM ini bagi menimba ilmu untuk memenuhi impian diri dan keluarga tercinta.
Adalah menjadi misi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan melalui pengajaran, penyelidikan, perkhidmatan professional dan perundingan yang berkesan dan cekap dalam bidang perubatan dan sains kesihatan. Oleh itu pelajar akan didedahkan dengan pelbagai pengetahuan dalam program pengajian yang diikuti disamping kemahiran insaniah yang lain seperti kebolehan memimpin, berkomunikasi, serta dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan di samping berkhidmat kepada masyarakat dan negara. Ini akan diperolehi melalui kurikulum program yang diikuti disamping penglibatan aktiviti ko-kurikulum yang dianjurkan oleh pelbagai persatuan dan kelab pelajar di fakulti yang dipantau oleh unit ini.
Kecemerlangan pelajar bukan sahaja diukur dari segi pencapaian akademik bahkan melalui penglibatan pelajar di dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum ini. Ini selaras dengan objektif fakulti untuk menyediakan tenaga terlatih dalam bidang perubatan, bioperubatan, pemakanan dan lain-lain bidang sains kesihatan yang dapat berkhidmat dengan masyarakat dan juga negara.
Anda sebagai mahasiswa, gunakanlah peluang yang ada dikampus hijau ini sepenuhnya untuk membina dan membentuk sahsiah diri yang dapat menjadikan anda insan yang lebih cemerlang dan dapat menyumbang kearah kemajuan agama, bangsa dan negara sejajar dengan moto UPM, iaitu “BERILMU BERBAKTI”.
Terima kasih
PROF. MADYA DR. BARAKATUN NISAK MOHD YUSOF
Timbalan Dekan (Akademik Sains Kesihatan & Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
Tel: 03 8947 2606
Emel: bnisak@upm.edu.my
TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK SAINS KESIHATAN DAN HAL EHWAL PELAJAR) |
|
|
||||||||
SETIAUSAHA |
|
|
||||||||
PENOLONG PENDAFAR |
|
|
||||||||
STAF PELAKSANA |
|
|
||||||||
|
|
||||||||
![]() |
|
UNIT PENGURUSAN MAKMAL |
|
|
Kemaskini:: 11/11/2022 [farizanm]
Pejabat Am Dekan
Aras 3, Bangunan Pentadbiran,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.