Kata-kata Aluan Timbalan Dekan (Siswazah, Jaringan Industri & Masyarakat dan Penjanaan Pendapatan)
Salam Sejahtera.
Selamat datang ke laman sesawang Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia secara amnya dan khususnya ke halaman Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah, Jaringan Industri & Masyarakat dan Penjanaan Pendapatan). Kami di sini berperanan dan beriltizam untuk menyediakan satu gerbang yang komprehensif, di mana segala maklumat berkenaan pengajian siswazah dan proses perancangan serta pelaksanaan projek-projek atau program yang melibatkan kerjasama antara fakulti-industri-masyarakat.
Dari aspek siswazah, kami di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan komited kepada kelestarian pendidikan bagi melahirkan graduan-graduan yang holistik. Pengukur kejayaan seseorang graduan itu bukan sahaja dari segi kecemerlangan akademik bahkan turut dinilai dari segi pencapaian GSA (Generic Student Attribute), iaitu kebolehan menggunakan ilmu dan kemahiran yang dipelajari seperti kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kerja berpasukan, moral dan etika profesional, keusahawanan, kepimpinan dan pembelajaran berterusan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara menerusi penyelidikan, khidmat profesional serta aktiviti kemasyarakatan.
Kami juga amat menitik beratkan dan menghargai penglibatan langsung pihak industri dan masyarakat sebagai salah satu saluran perkongsian dan penyebaran ilmu pengetahuan yang memberi manfaat seterusnya mendorong ke arah kemajuan serta pembangunan masyarakat dan juga negara. Di sini, kami turut menyediakan satu platform jaringan di mana pihak industri dan masyarakat dapat berinteraksi secara terus dengan pihak kami dalam mewujudkan kerjasama simbiosis yang memberi hasil dan impak yang positif kepada semua entiti. Kami sentiasa mengalu-alukan penglibatan semua pihak dan menjemput semua melayari laman sesawang kami untuk sebarang maklumat lanjut.
Akhir kata, semoga jalinan ukhwah antara pelajar-fakulti-industri-masyarakat yang terbina ini dapat menyumbang kepada kelestarian kemajuan negara serta memartabatkan bangsa Malaysia sejajar dengan pegangan utuh universiti iaitu ‘BERILMU BERBAKTI’.
Sekian, terima kasih.
PROFESOR Ts. DR. CHEAH YOKE KQUEEN, FASc
Timbalan Dekan (Siswazah, Jaringan Industri & Masyarakat dan Penjanaan Pendapatan)
Tel: 03 9769 2394
Emel: tdsj.medic@upm.edu.my
TIMBALAN DEKAN |
![]() |
|
PENYELARAS |
![]() |
|
||||||||
![]() |
|
SETIAUSAHA |
![]() |
|
PENOLONG PENDAFTAR |
![]() |
|
Unit Siswazah & Jaringan Industri dan Masyarakat
STAF PELAKSANA | |||||||||
![]() |
|
||||||||
![]() |
|
||||||||
![]() |
|
Kemaskini:: 27/03/2023 [nurulsofia]
Pejabat Am Dekan
Aras 3, Bangunan Pentadbiran,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.