FPSK UPM Terima Lawatan Penandaarasan Daripada FPSK USIM, Bincang Pelaksanaan Kurikulum Perubatan
SERDANG, 19 Ogos 2026 - Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini menerima kunjungan delegasi daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi tujuan lawatan penandaarasan yang berlangsung di FPSK dan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), UPM.

Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu dimulakan dengan ketibaan delegasi USIM di Foyer FPSK UPM, diikuti sesi ucapan aluan daripada Dekan FPSK-HSAAS UPM, YBhg. Prof. Dr. Normala Ibrahim. Sesi pembukaan FPSK USIM dimulakan ucapan daripada Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) FPSK USIM, Prof. Madya Dr. Nadeeya'Ayn Umaisara Mohamad Nor merangkap Ketua Delegasi.

Acara diteruskan dengan sesi pembentangan pengenalan fakulti daripada kedua-dua pihak untuk saling mengenali latar belakang serta pencapaian institusi masing-masing. Selepas sesi fotografi dan minum pagi, kedua-dua pihak mengadakan sesi perkongsian dan perbincangan khusus mengenai struktur serta pelaksanaan kurikulum Program Doktor Perubatan di FPSK UPM.
Tujuan utama perbincangan ini diadakan adalah untuk menjadikan struktur dan pelaksanaan kurikulum Program Doktor Perubatan FPSK UPM sebagai rujukan penandaarasan, memperkukuh jalinan kerjasama akademik serta pertukaran pandangan antara FPSK-HSAAS UPM dan FPSK USIM serta meneroka potensi penambahbaikan dalam kualiti pengajaran dan pembelajaran pendidikan perubatan bagi kedua-dua universiti.
Pada sesi petang, delegasi USIM dibawa melawat ke beberapa fasiliti pengajaran dan pembelajaran utama di FPSK UPM dan HSAAS untuk melihat dengan lebih dekat kemudahan klinikal dan akademik yang disediakan. Program lawatan ini berakhir dengan jayanya pada jam 5.00 petang.
Date of Input: 03/09/2026 | Updated: 03/09/2026 | athirahazhari

Dean's Office, Level 4, Administration Building,
Faculty of Medicine and Health Sciences,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.
Undergraduate 0397692608 (MD) / 0397692606 (ALSc)
Postgraduate 0397692604/2506