Hooding Ceremony Sesi 2023/2024, Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UPM Raikan Graduan Doktor Falsafah (PhD) | FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
» NEWS » Hooding Ceremony Sesi 2023/2024, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM Raikan Graduan Doktor Falsafah (PhD)

Hooding Ceremony Sesi 2023/2024, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM Raikan Graduan Doktor Falsafah (PhD)

Serdang, 28 November – Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM), mengadakan Hooding Ceremony Sesi 2023/2024 hari ini untuk meraikan kejayaan graduan Doktor Falsafah (PhD) yang bakal menerima ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen UPM berlangsung pada 30 November 2024 sehingga 6 Disember 2024.
 
 
 
Majlis penuh simbolik ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dekan FPSK, YBhg. Prof. Dr. Normala Ibrahim, yang menekankan peranan besar graduan dalam menyumbang kepada sektor kesihatan negara. Beliau turut mengucapkan tahniah atas pencapaian para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.
 
 
Kemuncak acara menyaksikan para graduan disarungkan hood oleh penyelia akademik masing-masing, sebagai tanda pengiktirafan terhadap pencapaian akademik mereka. Tradisi ini bukan sahaja simbolik kepada tamatnya pengajian tetapi juga sebagai penghormatan kepada hubungan erat antara pelajar dan penyelia akademik sepanjang tempoh pengajian.
 
 
Majlis ini berlangsung dalam suasana penuh kesyukuran dan kegembiraan, disaksikan oleh ahli keluarga, rakan-rakan, serta warga fakulti. Hooding Ceremony, Sesi 2023/2024 ini menjadi detik bermakna dalam perjalanan akademik graduan sebelum mereka melangkah ke pentas konvokesyen rasmi UPM.
 

Date of Input: 02/12/2024 | Updated: 02/12/2024 | qayyumalemilhadie

MEDIA SHARING

FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2602
00000
W, (11:44:21am-11:49:21am, 18 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]